SEORANG penduduk St. Petersburg, Rusia membuat keputusan untuk memberi pengajaran kepada isterinya kerana mengubah namanya tanpa izin darinya. Dia mengisikan kereta kesayangan isterinya dengan konkrit.
Dalam sebuah video pelik yang dirakam menggunakan telefon bimbit, seorang lelaki yang belum didedahkan namanya dilihat memberikan arahan kepada pemandu trak simen untuk berundur menghampiri kereta isterinya dan menyimpan pelongsor melalui jendela keretanya sebelum mengarahkan pemandu tersebut untuk mengisi kereta tersebut dengan konkrit. Rakaman video itu tersebar luas dengan cepat dalam talian yang membuatkan para penonton tertanya-tanya kenapa lelaki tersebut berbuat demikian.
Rupa-rupanya, dia dan isterinya sedang mempunyai masalah, namun perkara yang menaikkan kemarahannya adalah apabila isterinya menukar nama akhirnya secara sah di sebuah pasar raya, sebagai sebahagian daripada promosi, tanpa meminta izinnya terlebih dahulu. Rangkaian pasar raya Veniy (setia) menawarkan AS$880 sebulan kepada para pelanggan setia yang sanggup menukar nama mereka secara rasmi menjadi nama jenama mereka. Isteri lelaki itu membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut tanpa berbincang dengan suaminya terlebih dahulu.
Jelas sekali, lelaki Rusia itu tidak menyukainya. Untuk menunjukkan kemarahannya, dia memandu kereta isterinya dan membawanya ke pasar raya Veniy berhampiran dan mengisinya dengan konkrit sehingga mencapai ketinggian jendela.


Video yang tersebar luas itu menyebabkan pelbagai reaksi dari orang awam, ada yang memuji lelaki tersebut dan mengutuk perbuatan isterinya. Mereka mengatakan duit bukanlah segalanya. Sementara itu, ada juga yang mengatakan bahawa lelaki itu dan pemandu trak boleh ditangkap kerana memusnahkan harta benda.
Beberapa orang percaya bahawa perkara itu hanyalah muslihat yang dilakukan oleh pasar raya tersebut bagi tujuan pemasaran. Ini mungkin benar. Persekutuan Gusti Dunia pernah melakukan perkara yang sama dahulu apabila Cold Steve Austin mengisi hadiah Steve McMahon dengan simen dalam siaran langsung televisyen.
Walau bagaimanapun, mengisi kereta orang dengan konkrit untuk membalas dendam bukanlah perkara baru di Rusia. Ada sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki merosakkan jendela kereta seseorang menggunakan kayu besbol dan memanggil trak simen untuk mengisikannya. Seperti dalam video yang tersebar luas, pemandu trak itu tidak kelihatan bimbang mengenai akibatnya. Menariknya, kereta yang diisi dengan konkrit itu dilaporkan masih berada di hadapan pasar raya. Reaksi isterinya masih belum dilaporkan.