Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Suami isteri didakwa edar 51kg ganja

    SUNGAI PETANI, 6 SEPTEMBER – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di Sungai Petani hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram, minggu lalu.

    Saiful Syamil Idris, 32, yang bekerja sebagai pemandu forklif dan isterinya, Nurul Wahida Mohd Adnan, 32, yang merupakan suri rumah hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

    Mengikut pertuduhan pertama, pasangan itu bersama-sama dengan tanpa kebenaran telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis (ganja) seberat 768 gram pada lebih kurang 12:30 tengah malam di sebuah rumah di Bandar Seri Astana di Sungai Petani.

    Bagi pertuduhan kedua, mereka bersama-sama dengan tanpa kebenaran didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 50.866 kilogram pada tarikh dan lokasi sama.

    Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

    Mahkamah menetapkan 6 Disember tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Preeya Singaravelu manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

    Saiful Syamil Idris, 32, (kiri) yang bekerja sebagai pemandu forklif dan isterinya, Nurul Wahida Mohd Adnan, 32, yang merupakan suri rumah hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret M. Kalaiarasi. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...