Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Suami isteri didakwa terlibat aktiviti haram babit RM6 juta

    KUALA LUMPUR, 11 NOV – Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu.

    Tan Soon Hin dan isterinya, Teh An See, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid dan Hakim Kamarudin Kamsun.

    Tan, 43, didakwa melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi wang berjumlah RM6,079,922.75 didepositkan ke dalam akaun semasa milik Miracle Fortune Trends Enterprise di Maybank Islamic Berhad, dua akaun simpanan dan semasa milik isterinya di Malayan Banking Berhad dan Hong Leong Bank Berhad serta dua akaun semasa milik Fickle Sdn Bhd di Public Bank Berhad.

    Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Teh, 47, sebagai pemilik tunggal dan pengawal kepada Miracle Fortune dan pengarah Fickle menerima wang berjumlah RM3,753,805.28, melalui akaun semasa milik Miracle Fortune di Maybank Islamic Berhad dan dua akaun semasa milik Fickle di Public Bank Berhad.

    Bagi pertuduhan keempat dan kelima, wanita itu didakwa menerima wang berjumlah RM2,326,117.47 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di akaun simpanan miliknya di Malayan Banking Berhad dan akaun semasa miliknya di Hong Leong Bank Berhad. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...