Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami isteri nyaris maut dalam kebakaran

    LABUAN, 1 Jan – Sepasang suami isteri nyaris terkorban apabila rumah mereka di Kampung Sungai Labu di sini musnah dijilat api kira-kira setengah jam pada malam Tahun Baharu.

    Kedua-duanya yang berusia lingkungan 50an dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan manakala rumah, kereta Proton Iswara dan motosikal milik lelaki itu dijilat api.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata, kedua-dua pasangan itu sedang nyenyak tidur dan terjaga akibat bahang api yang marak. Ketiga-tiga anak mereka tiada di rumah semasa kejadian.

    Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11:26 malam dan segera menghantar pasukan dari balai bomba dan penyelamat Layangan.

    “Api marak dengan pantas semasa anggota kami tiba di tempat kejadian. Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui,” katanya.

    Dalam satu lagi kejadian sekitar 5 pagi, sebuah kereta musnah terbakar selepas terbabas berdekatan Taman Lazenda Villa 13. Pemandu kereta berkenaan, seorang wanita yang terperangkap dalam kenderaan jenis SUV itu diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda