Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Suami izinkan Neelofa kembali aktif bidang seni

    Selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, selebriti dan usahawan Neelofa bakal kembali aktif dalam bidang seni tidak lama lagi.

    Menurut suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, dia sudah berbincang dengan Neelofa mengenai perkara itu dan mempercayai isterinya dapat membawa imej agama dengan baik sepanjang berada dalam industri seni.

    “Alhamdulillah, kita dah diskusi benda ini (had kembali aktif) begitu terperinci dalam setiap perkara dengan imej agama yang dibawa, kena banyak berhati-hati.

    “Alhamdulillah, Lofa boleh ikut, pakaian pun, dia taat pada perintah Allah SWT. Jadi, kita bagi dia ruang untuk dia berkarya dalam benda-benda dia dah biasa buat,” kata Haris.

    PU Riz bersama Neelofa ditemui di majlis berbuka puasa bersama media di Restoran Cili Kampung Hartamas, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Neelofa dan PU Riz sudah berbincang mengenai dirinya mahu kembali aktif dalam bidang seni. – Agensi

    Untuk rekod, bekas pengacara program MeleTOP itu selamat melahirkan anak lelaki bernama Muhd Bilal di sebuah pusat perubatan pada 31 Januari lalu.

    Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Muhd Haris Mohd Ismail, 28, pada 27 Mac tahun lalu.

    Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia bakal tampil dalam beberapa program bual bicara yang masih dalam proses perbincangan.

    Biarpun bakal kembali aktif, namun usahawan berusia 33 tahun itu tetap mahu menjalankan rutin sebagai seorang ibu dengan mengutamakan anaknya terlebih dahulu.

    “InsyaAllah saya pun dah berbincang dengan suami, mungkin saya akan keluar program bual bicara. Sekarang masih dalam proses perbincangan.

    “Masih lebih kepada perniagaan tapi keutamaan kami adalah Bilal. Saya pun tak nak dia lama-lama dengan amah. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada yang lain.

    “Kalau berniaga pun boleh buat di rumah, jarang-jarang kena pergi mesyuarat atau penggambaran. Sama juga program dalam industri ini pun, tak makan masa,” ujarnya.

    Sementara itu, disoal mengenai perancangan zuriat seterusnya, Neelofa memberitahu dia dan suaminya sememangnya mahukan cahaya mata lagi malah sentiasa menerima rezeki yang Allah SWT berikan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...