Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami Seong Hyeon Ah ditemukan mati

    SEOUL – Suami kepada aktres Seong Hyeon Ah ditemukan mati dalam keretanya di Osan, Gyeonggi kira-kira pukul 8.40 pagi, baru-baru ini.

    Korean Herald melaporkan pihak polis memberitahu mayat ditemui dalam sebuah kereta yang diletakkan di tapak pembinaan sebuah pangsapuri.

    Mereka turut menemukan arang terbakar dalam kereta tersebut yang terkunci.

    Polis mempercayai lelaki itu sudah meninggal dunia beberapa hari lalu selepas melihat keadaan mayat.

    Hyeon Ah dan suaminya yang dikenali sebagai Choi bagaimanapun berpisah sejak empat tahun lalu walaupun masih belum bercerai secara rasmi.

    Suami kepada pelakon Seong Hyeon Ah ditemukan mati dalam sebuah kereta.
    Suami kepada pelakon Seong Hyeon Ah ditemukan mati dalam sebuah kereta.

    Perkahwinan pasangan itu bergolak selepas Hyeon Ah ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran pada 2013.

    Bagaimanapun Hyeon Ah didapati tidak bersalah selepas mengemukakan rayuan pada Jun tahun lalu.

    Pelakon itu kembali membuat kemunculan menerusi drama Fleeting Love selain muncul dalam sebuah dokumentari bagi menjelaskan insiden dia ditahan kerana melacur.

    “Saya tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya dalam temubual itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda