Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Suami tak cemburu Abby Abadi akrab dengan Norman Hakim

    Enggan cepat melatah, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria menganggap hubungan antara isterinya dengan bekas suami iaitu Norman Hakim tidak melampaui batas.

    Faizal atau mesra disapa Jai berkata, dia juga tidak pernah berasa cemburu dengan keakraban hubungan kedua-duanya.

    Jai diminta mengulas tentang komen jahat warganet yang menuduh Abby cuba mendekati Norman semula gara-gara memuat naik foto menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.

    Dalam pada itu, Jai berkata, dia dan isteri tidak mengambil serius tentang komen negatif warganet kerana mereka lebih memberi fokus terhadap masa depan anak-anak.

    Bagi Jai, baik Abby dan Norman, masing-masing kini sudah mempunyai kehidupan peribadi sendiri dan bahagia bersama keluarga mereka.

    Sementara itu, Jai berkata, dia menyokong hubungan baik antara Abby dan Norman demi kepentingan anak-anak mereka.

    Hubungan rapat Abby dan Norman menjadi pertikaian warganet sehingga ada yang menganggap kedua-dua mereka masih menyimpan perasaan meskipun sudah lama berpisah.

    Untuk rekod, Abby dan Norman 2002 telah bercerai pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17, dan Danisha Hakim, 14. – Agensi

    Abby dan Norman kekal hubungan baik demi anak-anak. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...