Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Suami tak halang tapi lakonan bukan keutamaan

    Pelakon Malaysia, Tasha Shilla tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaan meskipun suaminya tidak menghalang dia terus bergiat aktif.

    Memetik dari mStar, Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, 36, berkata keluarga menjadi perhatiannya ketika ini selain sedang sibuk dengan perniagaan terbaharunya iaitu NYLA Beauty.

    “Fokus utama saya adalah keluarga, anak-anak, suami. Dan yang kedua adalah produk (perniagaan) saya.

    “Insya-Allah mana-mana pengambaran yang hanya melibatkan satu dua hari, kita tengok macam mana. Dipertimbangkan,” katanya kepada mStar.

    Tasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelanaran NYLA Beauty di W Hotel Kuala Lumpur pada kelmarin.

    Dalam pada itu, Tasha berkata, sebagai ibu kepada dua cahaya mata iaitu Raees Zander, 2, dan Nyla Kaadira, 1, dia turut berasa risau untuk meninggalkan mereka dalam tempoh lama memandangkan penggambaran mengambil masa panjang.

    Kata pemenang Artis Baharu Wanita Popular 2011 ini, dia mungkin akan kembali aktif apabila dua anaknya itu sudah besar.

    “Apabila anak-anak sudah dewasa, masuk asrama, Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang ini (lakonan).

    “Bukan sekadar berlakon, watak yang dibawa juga beri manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

    Untuk rekod, NYLA Beauty adalah merupakan produk yang membantu individu terutama golongan ibu menguruskan rambut dengan baik selepas bersalin.

    Dalam masa sama, ia juga mempunyai produk rambut yang boleh dipakai oleh bayi dan kanak-kanak. – Agensi

    Tasha Shilla semakin bahagia melayari rumah tangga bersama suami dan anak-anak. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...