Friday, December 6, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suami tidak izin Zeda hamil

    Pengacara asal Indonesia, Zeda Salim mendedahkan dia tidak pernah mendapat hak sebagai seorang isteri.

    Selain mengalami penderaan secara seksual dan mental, Zeda atau Zurayda Salim, 37, juga tidak dibenarkan hamil oleh suami sendiri iaitu Habib Ali Jindan.

    Malah dia juga tidak mengetahui alasan Habib Ali atas tindakan itu sedangkan sebagai seorang isteri yang sah Zeda berhak mendapatkan nafkah daripada suaminya.

    “Sebagai seorang isteri saya seharusnya mendapatkan hak-hak yang telah ditetapkan dalam hukum Islam. Namun saya tidak mendapatkan apa yang sepatutnya.

    “Salah satunya saya tidak dibenarkan untuk hamil tanpa sebarang alasan yang jelas,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

    Zeda pernah melakukan cubaan bunuh diri. – mStar

    Lebih tiga tahun hidup menderita, Zeda akhirnya membuat laporan polis atas dakwaan keganasan rumah tangga pada 24 Julai lalu dan kes masih lagi dalam siasatan.

    Wakil peguam turut mendedahkan Zeda pernah bertindak untuk membunuh diri kerana tertekan selain cuba mengambil ubat-ubatan terlarang.

    “Dia (Zeda) sangat terkesan. Jiwa dan fikirannya sangat terganggu kerana mengalami keganasan rumah tangga.

    “Kerana rasa kecewa dengan suami sendiri, dia pernah cuba membunuh diri. Dia mengambil ubat-ubat terlarang,” jelas wakil peguam menurut laporan mStar.

    Sementara itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Zeda juga pernah meluahkan rasa kecewa dan meminta agar dia diceraikan secara baik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda