Suami tikam isteri kerana cemburu

KOTA KINABALU, 18 JUN – Mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai menjadi punca sang suami bertindak menikam isteri itu dengan sebilah pisau di sebuah rumah kongsi pekerja di Jalan Teluk Likas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang berumur 61 tahun maut selepas ditikam sebanyak dua kali di belakang badannya oleh suaminya yang berumur 59 tahun.

Katanya pihak polis menerima maklumat kejadian berkenaan kira-kira jam 2:49 pagi dan sebaik sampai di tempat kejadian pihak polis menemui seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dan dalam keadaan tidak sedar di dalam rumah berkenaan. – Bernama