Suara penduduk asli Australia diberi perhatian

SYDNEY, 31 Jan – Syarikat perlombongan global BHP dan Rio Tinto hari ini menyokong kempen profil tinggi untuk memberikan penduduk asli Australia suara terjamin dari segi perlembagaan dalam politik yang dikuasai oleh penduduk kulit putih.

Dalam satu kenyataan bersama, firma berkenaan menyokong apa yang akan menjadi perubahan bersejarah dalam perlembagaan Australia, menawarkan kumpulan penduduk asli satu peranan formal dalam pentadbiran negara.

“Ia akan memperkasakan penduduk asli Australia,” kata CEO BHP Andrew Mackenzie. “Ia akan memastikan penduduk asli menyuarakan pendapat tentang perundangan, dasar dan program yang membentuk kehidupan, keluarga dan komuniti penduduk asli.”

Sokongan melihat dua syarikat terbesar Australia, bersama bernilai lebih daripada AS$100 bilion, bertelagah dengan kerajaan konservatif.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata cadangan tersebut, ditetapkan dalam deklarasi 2017, akan mewujudkan “dewan parlimen ketiga”.

Parti pembangkang Buruh telah menjanjikan satu referendum mengenai itu sekiranya ia memenangi pilihan raya pada Mei.

Sokongan korporat terhadap rancangan itu keluar selepas kontroversi berdekad-dekad lamanya di antara syarikat pelrombongan, minyak dan gas yang membentuk tulang belakang ekonomi Australia dan pemilik tanah penduduk asli yang telah menetap di benua itu selama sekurang-kurangnya 60,000 tahun.

Terdapat perbalahan yangs sering timbul di antara firma terbesar dan pemilik tanah tradisional Australia berhubung pampsan, kerosakan pada tapak hak milik. Kebanyakan kes berakhir di mahkamah.

Hanya lima anggota parlimen Australia adalah penduduk asli, daripada 150 orang.

Penduduk asli berjumlah kira-kira 600,000 atau kurang tiga peratus daripada 24 juta rakyat Australia. – AFP