Suara siapakah itu?

Oleh Zulkamal Haji Kamis

 

“LAIIIII………sudah tah kau menyanyi atu, kan tangah malam sudah ne, masih menyanyi ah, inda kau tau orang kan tidur, awu biar kau, esuk-esuk ada karang hantu danganmu menyanyi atu, biar kau,” teriak Babu Siti kepada anaknya Shasha.

“Eyyyyyhhhhh, kita ane ma, cabul jua eyh, awu bah kan habis tah ne, sekajap lagi, kan belatih vokal jua ku ne, inda lagi batah kan betanding karaoke jua ku ne,” jawab Shasha.

Begitulah rutin Shasha setiap hari, dia akan pergi ke ruang tamu dan menyanyi setiap malam, ada kalanya sehingga ke waktu subuh.

Tidak kira apa keadaan sekali pun, Shasha sentiasa akan menyanyi. Ibunya, Babu Siti sudah serik untuk menegur sikap anaknya itu.

Walaupun sering aktif menyanyi dan ikut serta mana-mana pertandingan nyanyian namun Shasha belum pernah memenangi mana-mana pertandingan malah tidak pernah meraih hadiah sagu hati. Kadang-kadang perkara itu menimbulkan rasa hairan pada dirinya.

“Eemmmm, eyh kamu, kenapakan ah, setiap kali ku ikut pertandingan karaoke, inda tah kan pandai manang, kalah tah saja, lawa jua sudah suara ku ane, lawakan kamu?, eyh lawakan kamu suara ku ane,?” tanya Shasha kepada rakan-rakannya, Atiqua dan Alexa.

“Awu bah eyh, lawa bah suaramu atu, iatah ganya tue, alum ada rezekimu bah tue, yang penting jangan kau putus asa sis, cuba dan terus mencuba sis, kami sentiasa sokong you sis, don’t worry,” kata Alexis kepada Shasha memberikan semangat.

“Awu eyh inda ku putus asa ne, bah kamu mana-mana yang ada menawarkan pertandingan karaoke, bagitau aku ah, aku mau ikut,” kata Shasha lagi kepada dua rakannya itu. “Bah okey tue sis, ada kami update kau lagi tue,” jawab Atiqua sambil tersenyum.

Ketika di rumah…

Babu Siti sedang sibuk di ruang dapur untuk menyiapkan hidangan tengah hari, Shasha sudah awal bangun, bersiap sedia untuk pergi bekerja. “Aikkk ma, awal kita bangun hari ane,” tanya Shasha.

“Awu lah, kan menyediakan masakan tengah hari karang, lapas ane kan bejalan sekajap berjumpa dengan sepupumu ah kan minta urut arah mama,” jawab Babu Siti kepada Shasha. Selepas sahaja siap sarapan pagi, Shasha pun meminta izin kepada ibunya untuk pergi bekerja.

“Bah ma, aku jalan dulu ah,” kata Shasha kepada ibunya. “Bah bisai-bisai,” jawab ibunya.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, namun hari kelihatan gelap menandakan hendak hujan. Babu Siti masih sibuk di dapur bagi menyiapkan keperluan hidangan tengah hari.

Tiba-tiba Babu Siti terdengar sesuatu. “Tikkkkkkkkk…………tikkk….gggzzzz…” bunyi itu kedengaran. “Eyh bunyi apa tue, macam bunyi set karaoke atu ada jua,” tanya Babu Siti dalam hati. Lalu tanpa membuang masa, Babu Siti pergi ke ruang tamu dan melihat dari mana datangnya bunyi itu.

Namun bunyi itu sudah hilang dan Babu Siti kembali semula ke dapur namun tiba-tiba bunyi itu datang kembali.

“Esshhhhh apakan tue ah, memberi ijap cani ane,” kata Babu Siti seorang diri. Hujan lebat tiba-tiba turun dengan deras berserta angin yang sangat kuat menyebabkan Babu Siti terkejut kuat. Kedengaran deruan bunyi angin melalui tingkap-tingkap rumahnya.

Namun Babu Siti masih kehairanan dan tidak mengendahkan bunyi itu lalu kembali semula ke dapur.

Tatkala Babu Siti asyik duduk di ruang dapur diiringi dengan bunyi hujan dan angin yang kuat, tiba-tiba Babu Siti terdengar seperti ada suara sedang menyanyi malah suara itu seperti samar-samar dan menggetar.

“Eyhhhhhhh suara siapa tu, Ya Allah memberi kambang bulu jua eyh,” kata Babu Siti seorang diri. Memandangkan cuaca yang tidak baik, dia membatalkan hasratnya untuk ke rumah anak buahnya pagi itu.

“Eyh baiktah ku masuk ke bilik,” Babu Siti berlalu ke biliknya menerusi pintu dapur.

Setelah beberapa minit, keadaan cuaca beransur baik dan Babu Siti meneruskan kerjanya yang terbantut itu dan cuba melupakan apa yang dialami sebentar tadi,

“Shasha, tadi mama macam kana ganggu bah,” kata Babu Siti kepada Shasha. “Kana ganggu apa ma eyh, di rumah kitani jua ne, inda kan hantu kali ma,” balas Shasha seperti bergurau. “Bah main-main saja ah, mama serius kali ah,” jelas Babu Siti lagi. “Eyh nada papa lah ma, rumah kitani kali ah, mana ya hantu atu, ku tumbuk ya karang,” jawab Shasha sombong.

Beberapa minit kemudian

Selepas sahaja selesai makan malam, Shasha duduk di ruang tamu seorang diri.

Di dalam rumah itu, hanya Shasha dan ibunya sahaja yang tinggal manakala ayah dan adik-beradik Shasha pergi ke luar negara.

“Emmmm boring ku eyh, belatih ku eyh lagi,” kata Shasha seorang diri. Lalu Shasha pun berdiri dan membuka semua peralatan dan sistem karaoke itu serta memilih lagu-lagu yang akan dinyanyikannya.

“Sudah puas ku menghimpun doa agar kau berubah…..berpaling membentuk impian hidup kita..” nyanyi Shasha seorang diri sambil melontarkan ton suara yang tinggi menyanyikan bait-bait lirik lagu Putus Terpaksa yang dipopularkan oleh Ziana Zain.

“Aduh sakit suara ku eyh, tinggi lagu ane,” kata Shasha lagi. Jam sudah menunjukkan 11 malam namun Shasha masih lagi menyanyi seorang diri. “Aduhhhh Shasha ane, sudah pukul 11 bah masih ya beteriak-teriak menyanyi, sakit hati ku banar anak betuah ane,” kata Babu Siti di dalam biliknya.

Babu Siti sudah serik untuk menegur anaknya itu yang sering berkaraoke tanpa mengira masa dan waktunya.

…..suara lapisan

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, namun Shasha masih bertenaga untuk menyanyi. “Aduh karing leher ku eyh, teluan banar-banar, karing pulang leher ku, ke dapur ku dulu eyh kan minum aying,” kata Shasha lagi.

Shasha meninggalkan ruang tamu dan menuju ke bilik dapur. Set karaoke dibiar terbuka dan hanya kedengaran alunan muzik lagu dari Siti Nurhaliza, Cindai.

Sedang Shasha sibuk membuat minuman, Shasha seperti terdengar satu suara halus seperti sedang menyanyi.

Suara itu sangat halus dan seperti berlapis serta menyanyikan bait-bait lirik lagu tersebut. Tiba-tiba bulu roma Shasha berdiri. “Weikkkkk suara siapa tue, eyhhhh suara siapa tue, mama kali,” Shasha cuba menenangkan hatinya.

Lalu dia meninggalkan sekejap minumannya dan berlalu ke ruang tamu melihat set karaoke tersebut. Namun ibunya tidak ada di situ dan alunan muzik dari lagu itu masih dimainkan.

“Aikkkk inda jua ada orang tue,” Shasha seperti hairan. Kemudian Shasha menuju ke bilik ibunya dan mendapati ibunya sudah lena tertidur dan penutup ‘earphone’ diletakkan di telinganya. Shasha sedikit terkejut dan tersenyum melihat ibunya itu.

“Emmmm tidur jua sudah mama ah, eyh pendangaranku saja kali tue,” kata Shasha lagi. Selepas itu, Shasha meneruskan hajatnya untuk membuat minuman dan kembali semula ke dapur.

Setelah selesai, Shasha kembali semula ke ruang tamu dan jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, namun Shasha tetap meneruskan hobinya menyanyi itu.

Suasana keliling rumah Shasha sudah senyap hanya kedengaran suara Shasha yang memekak seorang diri. Memandangkan esok adalah cuti hujung minggu, Shasha tidak kisah untuk tidur lewat.

“Emmmmm apa lagi lagu bisai ah, Eyh lagu Siti lah lagi,” kata Shasha lagi.

“Aaaaaaa lagu Cindai lah lagi bisai,” Shasha terus memprogramkan lagu nya itu.

Sebaik sahaja lagu itu dimainkan, pintu rumah Shasha seperti dilanggar sesuatu dan menyebabkan Shasha terkejut kuat. “Apa kan tue, eyh inda besanang ku kan menyanyi eyh,” marah Shasha.

Shasha menuju ke pintu dan membuka pintu tersebut namun tidak ada sesiapa di luar hanya angin sepoi-sepoi bahasa yang dingin menyapa tubuh kecil Shasha.

Seriuslah, apakah itu..

Shasha kembali semula ke ruang tamu dan berdiri di depan platform pembesar suara, namun secara tiba-tiba, kedengaran satu suara seperti sedang menyanyi “Ggggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrrr,” suara itu kedengaran dan menyebabkan Shasha terhenti sekejap.

Shasha memandang ke kiri dan kanan dan bulu romanya segera berdiri tetapi Shasha tetap berdiri di situ seperti sukar untuk bergerak.

Degupan jantungnya bergerak laju, hatinya mula resah dan peluh sejuk segera mengalir didahinya.

“Ya Allah, suara apa tue, suara apa kan tue, aduhhhhh,” kata Shasha di dalam hati. “Hihihihihihihi hendaklah, hendak, hendak ku ra-saaaaaaaaaaaaaaa,” suara itu muncul kembali menyanyikan bait lirik lagu Cindai.

Shasha terkejut dan terduduk serta mencari dari mana suara itu datang.

Mata Shasha berpusing 360 darjah melihat sekeliling ruang tamu dan perasaan takut yang kuat terus menyapa dirinya.

Shasha cuba mengerakkan badannya namun tidak dapat malah badannya seperti melekat di atas lantai itu.

Untuk sekali lagi, suara itu muncul, “Cindaaaiiiiilahhhhhh manaaaaaaaaaaaaaa…” suara yang sangat garau tiba-tiba kedengaran menyebabkan Shasha berteriak lalu pengsan.

Keesokan harinya..

“Eyyhhhhhh laiiii, bahapa kau tidur di sini ane, di atas lantai lagi tu, kenapa kau inda tutup ne set karaoke ah, rusak pulang karang, tetidur kau kah,” Babu Siti cuba membanguni anaknya itu.

Shasha mengurut kepalanya dan melihat keadaan sekeliling.

“Pagi sudah kah ma,” tanya Shasha kepada ibunya. “Awu lah pagi jua sudah ne, inda kau meliat matahari atu,” balas Babu Siti kepada anaknya yang seperti keliru itu.

Shasha segera memeluk ibunya dan menyebabkan ibunya terkejut.

“Maaaaaaa, takut ku maaaaa, ada hantu di malammmmm,” kata Shasha kepada ibunya. “Eyhhhh hantu, kau jua inda percaya hantu, nah apa rasanya kana kacau atu,” jawab ibunya lagi.

Shasha cuba menerangkan peristiwa misteri yang berlaku itu kepada ibunya dan tanpa membuang masa Babu Siti memanggil seorang ustaz untuk membantu menangani situasi berkenaan. Kesemua set karaoke tersebut disimpan oleh Babu Siti ke bilik stor.

“Apatah ustaz, dapat kita tawari tarus anak ku ane, ketungkalan ya ustaz,” kata Babu Siti kepada Ustaz Syamuma. “Banyakan saja berdoa, berzikir, memohon kepada Allah bu, InsyaAllah inda kan ada apa-apa,” balas Ustaz Syamuma kepada Babu Siti.

“Apa yang ku tahu bu, si Shasha ane kana ganggu hantu Salibaya kali bu,” kata kawan Shasha yang ada ketika itu di rumah Shasha.

“Eyhhh jangan disabut, kana ganggu karang lagi,” balas Atiqua.

Selang beberapa hari

“Nah iatah pengajaran tu Shasha ah, lain kali jangan kan telampau asyik menyanyi sampai inda lagi ingat dunia, bekaraoke sampai larut malam, nah apa rasanya kana ganggu hantu atu, kan menyanyi lagi,” Babu Siti cuba menggertak anaknya yang baru sembuh dari demam itu.

“Awu bah ma, inda lagi ku menyanyi ne sampai subuh-subuh, takut ku sudah ma,” balas Shasha kepada ibunya.

“Iatah tu, boleh kau menyanyi tapi berpada-padalah jua, hormati jiran tetangga, jangan nyaring, boleh mengganggu bisdurang jua tu, faham tu Shasha,” jelas ibunya lagi. Shasha mengangguk sambil tersenyum.