Suarez bantu Atletico kukuh kedudukan

MADRID, 22 JAN – Penjaga gol Eibar, Marko Dmitrovic menjaringkan gol melalui sepakan penalti ketika menentang Atletico Madrid semalam, namun dua jaringan gol Luis Suarez membolehkan pendahulu La Liga itu bangkit setelah ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 di Ipurua.

Dmitrovic berjaya menjaringkan sepakan penalti di awal perlawanan untuk menewaskan penjaga gol Athletico, Jan Oblak namun Suarez berjaya menyamakan kedudukan sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89.

Kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan buat Atletico membolehkan mereka menjarakkan kedudukan tujuh mata dengan pasukan di tangga kedua, Real Madrid dan meninggalkan Barcelona 10 mata yang berada di tempat ketiga.

Dmitrovic berkata, dia dipilih untuk mengambil sepakan penalti Eibar oleh jurulatih, Jose Luis Mendilibar.

“Idea untuk mengambil sepakan penalti adalah dari Mendilibar, giliran saya hari ini namun ia mengecewakan saya kerana ia tidak memberi sebarang makna,” kata Dmitrovic.

Aksi penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez ketika menjaringkan gol semasa perlawanan La Liga menentang SD Eibar di Stadium Ipurua, semalam. – AFP

“Dia mengambil sepakan penalti kerana beberapa pemain sebelum ini gagal menemukan sasaran. Dia akan terus mengambilnya sehingga beliau juga gagal, itulah peraturannya,” kata Dmitrovic.

Sementara itu, Suarez kini berkongsi kedudukan dengan penjaring terbanyak La Liga bersama Lionel Messi selepas masing-masing mengumpul 11 gol musim ini. Suarez mungkin kelihatan mampu membawa pasukannya memenangi gelaran liga.

Jaringan pertamanya adalah melalui hantaran Marcos Llorente yang berjaya menyamakan kedudukan, manakala gol keduanya apabila pemain berusia 33 tahun itu mengejar hantaran lintang dan dijatuhkan oleh Anaitz Arbilla di kawasan petak penalti.

“Dia memang sangat bertanggungjawab. Dia tidak pernah meninggalkan perlawanan, dia sentiasa bermain dengan menggunakan kecerdikan yang ada pada dirinya.

“Dia sangat luar biasa. Kami sangat gembira mempunyai pemain sepertinya,” kata Simeone.

Atletico tersingkir di Copa del Rey dua minggu yang lalu ketika mereka tewas menentang pasukan divisyen ketiga, Cornella.

Kekalahan Atletico oleh Cornella membangkitkan momentum mereka. Sebaliknya mereka telah membalas dengan dua kemenangan dalam liga, menentang Sevilla dan Eibar yang berada di tangga ke-15. – AFP