Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Suarez gagal cipta magis selamatkan kelab

    MONTEVIDEO, 3 OGOS – Penyerang Uruguay, Luis Suarez membuat penampilan sulung kedua untuk kelab pertamanya, Nacional, kelmarin namun gagal menghalang pasukannya mencatat kekalahan 1-0 di laman sendiri menentang Atletico Goianiense.

    Suarez, 35, dimasukkan pada minit ke-74 untuk menggantikan Franco Fagundez, 17 tahun selepas kali pertama menyarung jersi Nacional.

    Dia diberikan tepukan gemuruh oleh 30,000 penonton di stadium Gran Parque Central di Montevideo.

    Penyerang itu melakukan sepakan percuma namun dihalang ketika tekanan ke atas Nacional semakin memuncak dalam usaha untuk mencari gol penyamaan dalam pertemuan suku akhir Copa Sudamericana pusingan pertama menentang pasukan dari Brazil.

    Pasukan Goianiense mendahului perlawanan pada minit ke-23 menerusi tandukan Luiz Fernando dan kekal bertahan meskipun Nacional mendominasi perlawanan untuk meraih kemenangan.

    Reaksi Luis Suarez semasa bermain untuk Nacional menentang Goianiense dalam saingan Copa Sudamericana, kelmarin. – AFP

    Suarez menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Nacional minggu lalu, dengan harapan untuk bermain dengan lebih kerap menjelang Piala Dunia di Qatar, yang bakal bermula 21 November.

    Dia telah diberi jaminan untuk memulakan perlawanan sekurang-kurangnya 16 kali bersama pasukan Uruguay itu.

    Suarez merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan kebangsaan Uruguay dan menikmati karier yang gemilang di Eropah selepas meninggalkan negara asalnya ketika berusia 19 tahun.

    Tempoh paling berjaya bagi pemain itu adalah ketika mewakili Barcelona selama enam tahun di mana dia berjaya memenangi gelaran La Liga empat kali dan trofi Liga Juara-Juara pada 2015.

    Pada 2021, dia turut menjulang trofi La Liga bersama Atletico Madrid, namun meninggalkan kelab itu pada Mei. Terdahulu, dia pernah menyarung jersi Liverpool dan kelab gergasi Belanda, Ajax.

    Suarez merupakan sebahagian daripada generasi emas pemain Uruguay yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan memenangi Copa America tahun berikutnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...