Suarez: Messi harus diberi kontrak baru

BARCELONA, 12 Jan – Pemain penyerang Barcelona, Luis Suarez mengkritik kembali ulasan daripada CEO kelab bahawa gergasi Catalan itu tidak akan ‘gila’ apabila mengadakan perundingan kontrak baru bagi Pemain Terbaik Tahunan Dunia sebanyak lima kali, Lionel Messi.

CEO Barca, Oscar Grau semalam berkata persetujuan baru bagi Messi itu, yang mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya sekarang, dirundingkan dengan ‘masuk akal dan bijaksana’.

“Dengan Messi apa yang anda perlu lakukan adalah untuk memberikannya kontrak baru, bukan akal,” kata Suarez selepas menjaringkan gol ke-100 bersama Barca dalam hanya 120 kemunculan ketika mereka mara ke suku akhir Copa del Rey dengan kemenangan 3-1 ke atas Athletico Bilbao.

Biarpun merekodkan hasil 679 juta euro ($719 juta) musim lalu, beberapa kontrak baru yang mahal bagi pemain seperti Neymar dan Suarez bermakna Barcelona menghampiri had 70 peratus bagi perkadaran perbelanjaan ke atas gaji–gaji yang dikenakan oleh undang–undang kewangan UEFA.

Kapten Barca, Andres Iniesta juga mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya.

Di atas padang, Messi membuktikan penjaring kemenangan sekali lagi semalam ketika menyudahkan jaringan menerusi sepakan percuma bagi kali ketiga dalam banyak –banyak perlawanan tahun ini, 11 minit sebelum tamat untuk menyingkirkan Bilbao menerusi agregat4-3.

“Saya tidak tahu apa yang dikatakan CEO, tetapi beritahu saya satu perlawanan di mana Leo Messi tidak beraksi cemerlang,” kata jurulatih Barca, Luis Enrique. – AFP