Saturday, May 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suasana Hari Raya di perantauan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Sudahlah berjauhan daripada keluarga tersayang,
    dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih berleluasa di luar negara, sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi para pelajar Brunei yang berada di perantauan pasti sangat berbeza pada tahun ini.

    Beberapa orang pelajar Brunei di luar negara telah berkongsi suasana sambutan Hari Raya di tempat mereka semasa pandemik ini.

    Pelajar Tahun 4 dalam Jurusan Perubatan di Kolej Universiti Cork Ireland, Dayang Syahiirah binti Abdul Aziz mengongsikan bahawa sambutan raya tidaklah semeriah di Brunei dan ini ditambah lagi pada masa ini adalah musim peperiksaan dan mereka terpaksa menangguhkan sambutan buat seketika.

    “Untuk merasakan kemeriahan Hari Raya di Cork Ireland, kami penuntut Brunei mengambil langkah menyambut kedatangan 1 Syawal dengan membuat takbir secara dalam talian bersama warga Brunei Darussalam di Brunei Hall, United Kingdom,” jelasnya.

    Ini, ujarnya, adalah sebagai langkah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

    Dayang Syahiirah yang tidak dapat balik berhari raya di Brunei hanya dapat meraikannya bersama rakan-rakan di perantauan.

    Walaupun berjauhan bersama keluarga tersayang, ujarnya, mereka bukan saja merayakan bersama pelajar-pelajar Brunei di sini tapi mereka mengambil peluang merayakan seterusnya mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dengan rakan sepangajian dari Malaysia pada Hari Raya kedua.

    Menurutnya lagi, ini adalah raya pertama beliau berjauhan dengan keluarga di Brunei yang mana pada tahun sebelumnya setiap Hari Raya pasti akan balik ke Brunei disebabkan bertepatan dengan musim percutian tapi untuk kali ini Syawal bertepatan dengan musim peperiksaan.

    Sementara itu, penuntut Tahun 4 Jurusan Perubatan di Universiti Glasgow, Dayang Aida Syahirah binti Haji Aji, 23, pula berkata bahawa menyambut Hari Raya di perantauan tanpa keluarga tercinta memang sesuatu yang sukar tapi dengan adanya rakan-rakan yang lain dapatlah mengurangkan kesedihan itu terutama sekali pada Hari Raya pertama.

    “Saya turut gembira dan sedih apabila melihat ibu bapa saya berusaha untuk mengirimkan kuih-muih dan hidangan raya yang lain untuk dinikmati bersama rakan-rakan yang lain setelah selesai peperiksaan nanti,” tambahnya.

    Manakala itu, Dayang Siti Farah Diva pula menjelaskan, seperti di tahun sebelumnya, ahli-ahli Persatuan Pelajar di BruGlas Society pastinya akan mengadakan majlis sambutan yang akan dibuat pada Hari Raya pertama di rumah salah seorang ahli BruGlas.

    Beliau seterusnya menambah, sambutan tersebut turut mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan yang berlainan bangsa sebagai mengeratkan hubungan di antara satu dengan lain sekali gus memperkenalkan budaya Melayu kepada mereka.

    Pada tahun ini, majlis Hari Raya tidak dapat diadakan seperti biasa disebabkan situasi COVID-19 yang masih berleluasa di sana dan mereka hanya dapat merayakan secara dalam talian melalui Zoom dengan larangan berkunjung ke rumah orang dan berkumpul beramai-ramai.

    Beliau yang merupakan pelajar tahun akhir dalam Jurusan Perubatan juga tidak dapat berkumpul bersama keluarga di Brunei untuk merayakan Hari Raya disebabkan peperiksaan dan beberapa tugasan di universiti yang perlu diselesaikan.

    Wendy yang juga penuntut dalam Jurusan Perubatan mengongsikan bahawa sambutan Hari Raya tahun ini amat berbeza di mana seperti di tahun sebelumnya, mereka akan bergotong-royong membuat kuih raya bersama penuntut yang lain.

    “Pada tahun ini, sambutan hanya diadakan secara maya, walaupun terdapat sedikit perasaan sedih dan hampa tapi tetap bersyukur dapat menyambut raya bersama BruGlas walaupun melalui maya,” jelasnya.

    Manakala itu, wakil pelajar di Dublin, Awangku Ahmad Azka bin Pengiran Abdul Razak turut mengakui bahawa sememangnya ada perbezaan dalam menyambut Hari Raya di luar negara lebih-lebih lagi keadaan dunia sekarang yang tidak bersesuaian dengan konsep raya iaitu kunjung-mengunjungi.

    Menurut pelajar Tahun 3 dalam Jurusan Perubatan di Republik Ireland itu, memang jelas sekali belajar di luar negara ini merupakan satu cabaran terutamanya bagi pelajar lain seperti beliau yang mana ini merupakan tahun pertama berjauhan daripada ahli keluarga.

    Ini ditambah dengan garis panduan pandemik di negara itu yang menjadikan sambutan tahun ini lebih sunyi daripada biasa.

    Katanya lagi, pada Hari Raya pertama sedang orang ramai sibuk menyambut lebaran mereka bersiap-siap untuk masuk ke kelas dan menduduki peperiksaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/