Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Sub bandar Perth diancam kebakaran

    PERTH, AUSTRALIA, 2 FEB – Dua kebakaran hutan telah mengancam nyawa dan rumah di Barat Australia hari ini, dengan suhu panas terik dijangka akan bertambah teruk beberapa hari akan datang.

    Satu amaran kecemasan bagi pinggir Perth, bandar keempat terbesar di negara itu telah dikeluarkan selepas kebakaran yang kini merebak kira-kira 100 hektar yang bermula kelmarin.

    Pihak berkuasa bimbang tentang kebakaran yang mencapai kawasan kediaman, dengan angin kencang membebani garisan pembendungan.

    Perkhidmatan kecemasan telah memberitahu penduduk yang mereka ‘dalam bahaya dan perlu untuk bertindak segera. Berlaku ancaman kepada nyawa dan kediaman’.

    Suhu di Perth diramalkan mencecah 34 darjah Celsius hari ini sebelum meningkat kepada hampir 40C sehingga Sabtu.

    “Amaran kecemasan masih dikekalkan disebabkan intensiti angin yang menjejaskan kawasan kebakaran hari ini, yang terus meletakkan tekanan terhadap garis pembendungan,” kata Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan.

    Sementara itu, kebakaran kedua di barat daya negeri itu telah ‘dibendung namun tidak terkawal’ pada petang kelmarin, kata pihak berkuasa. – AFP

    Anggota bomba melancarkan operasi di hutan selepas kebakaran mengancam rumah-rumah di Perth pada 2 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...