Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Subvarian baharu Omicron bangkitkan kebimbangan

    MINNESOTA, 11 JULAI – Koronavirus yang mudah bermutasi mewujudkan satu lagi subvarian Omicron yang amat berjangkit, membimbangkan para saintis ketika ia mula dikesan di India dan menular ke beberapa lagi negara termasuk Amerika Syarikat (AS).

    Saintis mengatakan subvarian – digelar BA.2.75 – mungkin boleh merebak dengan cepat dan berupaya mengelak imun vaksin dan jangkitan sebelumnya.

    Tidak jelas sama ada ia akan membawa lebih banyak jangkitan serius berbanding subvarian utama Omicron yang ada sekarang, BA.5.

    “Masih terlalu awal bagi kita untuk membuat kesimpulan demi kesimpulan,” kata Matthew Binnicker, pengarah klinikal virologi di Klinik Mayo, Rochester, Minnesota.

    “Namun ia kelihatan sama, khususnya di India di mana kadar jangkitan menunjukkan jumlah peningkatan luar biasa.

    Gambar fail seorang jururawat memberikan suntikan vaksin COVID di sebuah pusat vaksinasi swasta di Gauhati, India. Subvarian BA.2.75 pantas merebak di negara itu mem-bimbangkan pakar. – AP

    “Sama ada ia akan mengatasi BA.5, belum dapat dipastikan,” katanya.

    Walau bagaimanapun, fakta bahawa ia sudah pun dikesan di banyak bahagian dunia meskipun dengan tahap pemantauan virus yang semakin berkurangan, adalah ‘satu petunjuk bahawa ia sedang menular,’ kata Shishi Luo, ketua penyakit berjangkit bagi Helix, sebuah syarikat yang menyalurkan maklumat penjujukan genom virus kepada Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

    Apa yang menimbulkan kebimbangan pakar adalah terdapat sejumlah besar mutasi daripada varian baharu ini berbanding varian sebelum Omicron.

    Sebahagian mutasi ini adalah berkaitan dengan spike protein dan membolehkan virus terikat dalam sel lebih efisien, kata Binnicker.

    Satu lagi kebimbangan ialah perubahan genetik mungkin men-jadikannya lebih mudah bagi virus ini melepasi antibodi – protein pelindung dibuat oleh tubuh selepas tindak balas terhadap vaksin atau jangkitan daripada varian sebelumnya.

    Mutasi terkini koronavirus itu sudah dikesan di beberapa negeri jauh di India dan tampak merebak lebih pantas berbanding varian lain di sana, kata Lipi Thukral, seorang saintis di Majlis Saintifik dan Penyelidikan Industri-Institut Genomik dan Integrasi Biologi di New Delhi.

    Ia juga telah dikesan dalam kira-kira 10 buah negara lain, termasuk Australia, Jerman, United Kingdom dan Kanada. Dua kes baru-baru ini dikesan di West Coast AS dan Helix telah mengenal pasti kes ketiga AS minggu lalu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...