Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Subvarian Omicron baharu beri ancaman

    PARIS, 22 JUN – Kebangkitan semula kes COVID di Eropah, kali ini didorong oleh subvarian Omicron baharu yang merebak dengan pantas, sekali lagi mengancam untuk mengganggu rancangan musim panas orang ramai tahun ini.

    Beberapa buah negara Eropah Barat baru-baru ini telah merekodkan bila-ngan kes harian tertinggi mereka dalam beberapa bulan, sebahagiannya disebabkan oleh subvarian Omicron BA.4 dan BA.5.

    Peningkatan kes telah mendorong seruan untuk meningkatkan kewaspadaan di seluruh benua yang telah melonggarkan hampir semua sekatan COVID.

    Kebangkitan kes pertama berlaku pada bulan Mei di Portugal, di mana BA.5 mendorong gelombang yang mencecah hampir 30,000 kes sehari pada awal bulan Jun. Walau bagaimanapun, gelombang itu telah mula reda.

    Itali merekodkan lebih daripada 62,700 kes kelmarin, hampir dua kali ganda jumlah daripada minggu sebelumnya, menurut kenyataan dari kementerian kesihatan.

    Sementara itu, Jerman melaporkan lebih daripada 122,000 kes kelmarin.

    Manakala Perancis pula kelmarin telah merekodkan lebih 95,000 kes, jumlah harian tertinggi sejak akhir April, mewakili peningkatan 45 peratus hanya dalam masa seminggu.

    Kes juga dilaporkan meningkat di Britain, di mana terdapat peningkatan tujuh kali ganda dalam jangkitan semula Omicron, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS). Dalam pada itu, ONS juga telah menyalahkan peningkatan varian BA.4 dan BA.5, tetapi ia juga berkata bahawa COVID merupakan punca kematian keenam paling biasa pada Mei lalu, menyumbang 3.3 peratus daripada semua kematian di England dan Wales. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...