Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Subvarian Omicron dikesan di New Zealand

    WELLINGTON, 5 JULAI – Subvarian Omicron BA.2.75 dikesan di New Zealand buat pertama kali apabila negara itu merekodkan 9,629 kes penularan jangkitan tempatan dan 24 kematian baru-baru ini, menurut Kementerian Kesihatan hari ini.

    Analisis penjujukan genom mengesahkan dua kes jangkitan membabitkan subvarian baharu BA.2.75., lapor Xinhua.

    Kedua-dua kes terlibat dalam perjalanan ke India baru-baru ini, sebelum diuji positif COVID-19, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    “Pada peringkat ini, tiada bukti BA.2.75 memerlukan langkah kawalan yang berbeza berbanding langkah kawalan COVID-19 sedia ada,” katanya, sambil menambah tiada bukti semasa bahawa subvarian itu memberi simptom lebih teruk.

    BA.2.75 merupakan subvarian generasi kedua BA.2 yang dominan di New Zealand pada ketika ini.

    Subvarian BA.2.75 diklasifikasikan berbeza daripada BA.2, dan kajian mengenai penularan, gangguan terhadap sistem imun dan tahap sejauh mana serius penyakit itu masih di peringkat awal, menurut kenyataan itu.

    New Zealand telah merekodkan 1,366,853 kes jangkitan COVID setakat ini, selepas wabak itu melanda pada awal 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...