Subway Beijing dilengkapi AED

BEIJING, 28 OKT – Automated External Defibrillator (AED), mesin penyelamat kecemasan kardium terhenti mula dipasang di stesen-stesen subway Beijing, semalam.

Pengarah Jabatan Latihan Pusat Penyelamatan Kecemasan Beijing, ChenZhi menjelaskan ia berfungsi mengesan degupan jantung tidak normal dan sete-rusnya akan memberikan defi-brilasi elektrik kepada pesakit.

Ketika memberikan latihan kepada kakitangan di stesen subway Xidan pagi semalam, beliau berkata orang awam yang tidak mempunyai pengetahun dan pengalaman perubatan boleh menggunakan mesin ini berpandukan arahan tertera.

Tambah Chen, penyelamatan kecemasan sebaik-baiknya dilakukan dalam tempoh empat minit, dan tidak boleh terlewat 10 minit selain memberitahu kadar kejayaan penyelamatan meningkat 10 peratus jika dilakukan satu minit lebih awal. – Bernama