Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sudah 37 kali anjur kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Dalam usaha untuk memberikan bantuan dan khidmat bakti kepada masyarakat, kira-kira 40 orang ahli Persatuan Kerjasama Kuang Hui, keluarga serta rakan-rakan mereka menyertai kegiatan amal menderma darah yang diadakan di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di ibu negara, kelmarin.

    Kempen derma darah anjuran persatuan itu dengan kerjasama dari pusat berkenaan disertai oleh bukan sahaja ahli-ahli persatuan tetapi juga ahli keluarga mereka di mana ia merupakan salah satu projek kebajikan tahunan persatuan yang diadakan sebanyak tiga kali setahun.

    Menurut wakil dari persatuan berkenaan, kempen itu merupakan kempen kedua yang diadakan tahun ini dan sejak ia mula dilaksanakan pada 2012, persatuan berkenaan telah mengadakan kempen serupa sebanyak 37 kali.

    Ahli-ahli Persatuan Kerjasama Kuang Hui dan keluarga mereka bergambar ramai dalam kempen tersebut.
    Ahli-ahli Persatuan Kerjasama Kuang Hui dan keluarga mereka bergambar ramai dalam kempen tersebut.

    Kempen itu merupakan salah satu program persatuan yang dilaksanakan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan program tahunan berkenaan diadakan sebanyak tiga kali setahun dengan kempen yang diadakan semalam merupakan kempen pertama bagi 2012.

    Selain itu, kempen tersebut juga dihasratkan untuk menggalakkan ahli-ahli persatuan untuk bersama-sama membantu menyelamatkan nyawa dengan menderma darah bagi kegunaan golongan yang memerlukannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda