Sudah lama masih belum siap?

Perkhidmatan sesebuah jabatan seharusnya perlu cekap dan pantas, terutamanya yang berkaitan dengan pendaftaran dan pembaharuan kad pintar.

Ini kerana baru-baru ini saya ke jabatan berkenaan untuk mengambil kad pintar yang sepatutnya siap seperti yang tertera pada tarikh yang dicetak pada resit sementara.

Namun, apabila sudah sampai ke jabatan berkenaan, sangat menghampakan saya dan beberapa orang yang juga mahu mengambil kad pintar masing-masing kerana kad pintar kami belum siap seperti tarikh yang dijanjikan.

Sedangkan kami sudah pun lama membuat pembaharuan sejak bulan Disember tahun lalu lagi. Tapi sehingga bulan Februari ini belum juga siap?

Bagi saya, masa memproses itu sudah agak lama. Bila tiba di sana, kami pula diajukan soalan sama sudah mendapat panggilan dari pihak mereka.

Jika ada panggilan telefon, sudah semestinya kami tidak akan ke jabatan itu, hanya untuk mendapati ia masih belum siap.

Negara kita sudah mencapai kemerdekaan ke-37, seharusnya kita sebagai rakyat dan penduduk sama-sama menjayakan Wawasan Negara 2035 dan menjadikan negara kita maju setara dengan negara-negara lain. Justeru pihak berkenaan perlu proaktif dan progresif dalam melakukan tugasan dan bukan hanya statik tiada kemajuan.

Teguran