Sudah sebulan Labuan rekod kes kematian sifar

LABUAN, 2 SEPT – Labuan merekodkan kes kematian akibat COVID-19 sifar bagi tempoh 30 hari (sehingga hari ini), menjadikan ia sebagai wilayah persekutuan dan negeri yang pertama berjaya dalam memerangi pandemik berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata vaksinasi yang berkesan, kerjasama yang kuat dari rakyat, kawalan sempadan yang ketat, kawalan kesihatan awam yang sistematik dan program interven-si berdasarkan penilaian risiko serta program imunisasi; merupakan elemen utama yang menyumbang kepada kejayaan itu.

“Langkah vaksinasi yang disokong oleh sekatan pergerakan untuk kesihatan awam akhirnya berjaya mengubah keadaan, kami amat gembira dapat mencatatkan kes kematian sifar selama sebulan hari ini,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama