Sudah tiba masanya reda ketegangan

MOSCOW, 9 SEPT – Perancis berkata hari ini bahawa masanya sudah tiba untuk mula mengurangkan ketegangan bersama Rusia ketika menteri-menteri kanan mengadakan rundingan empat hala di Moscow tidak dilihat sejak krisis berhubung Ukraine meletus.

Menteri Luar Negeri Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata adanya ‘peluang terbuka’ untuk menyelesaikan konflik Ukraine selepas pertukaran banduan pada Sabtu namun masih terlalu awal untuk membincangkan pembatalan sekatan ke atas Rusia.

Le Drian dan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly berada di Moscow bagi rundingan di bawah format digelar ‘2+2’ yang tertangguh sejak pengilhakkan Crimea dari Ukraine oleh Rusia pada 2014.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah melancarkan tekanan diplomatik bagi tahanan dalam hubungan Eropah bersama Rusia.

“Masanya sudah tiba, waktunya sesuai, untuk bekerja ke arah mengurangkan kesangsian,” Le Drian memberitahu sidang media bagi empat menteri selepas rundingan.

(Kiri ke kanan) Menteri Luar Negeri Rusia, Sergei Lavrov; Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu; Florence Parly dan Jean-Yves Le Drian selepas sidang akhbar pada 9 September di Moscow. – AFP

“Kami datang untuk mencadangkan….agenda baharu kepercayaan dan keselamatan.”

Menurutnya pertukaran banduan – yang menyaksikan 35 tahanan diserahkan ke pihak masing-masing telah mewujudkan muhibah yang perlu diperkukuhkan.

“Ia belum lagi tempoh akhir pembatalan sekatan. Ia adalah perasaan baharu, yang kami tidak pernah saksikan selama beberapa tahun,” kata Le Drian.

Lavrov berkata perkembangan membina semula hubungan bersama Eropah adalah ‘perlu dan munasabah’.

Beliau menyambut baik kenyataan daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebagai ‘sangat positif’ dan menggambar pertukaran banduan sebagai ‘tanda baik’ bagi perkembangan masa hadapan. – AFP