Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sudan catat kes cacar monyet pertama

    KHARTOUM, 1 OGOS – Sudan, kelmarin, mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu.

    Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara, lapor agensi Anadolu.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox sebagai kecemasan kesihatan global berikutan virusnya yang terus merebak.

    Menurut statistik WHO, sejak dikesan pada Mei lepas, virus itu telah menjangkiti lebih 16,000 orang di 75 negara.

    Jangkitannya ke atas individu adalah terhad, namun boleh disebarkan melalui sentuhan dengan cecair badan, luka pada kulit atau permukaan mukosa dalaman seperti dalam mulut atau tekak, titisan pernafasan dan objek tercemar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...