Sudan lancar pemvaksinan polio secara besar-besaran

KHARTOUM, 28 OGOS – Sudan bersedia melancarkan kempen pemvaksinan besar-besaran terhadap wabak polio, kata PBB hari ini, beberapa hari setelah pengisytiharan pembasmian virus polio di Afrika.

Pada Selasa lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meraikan pengumuman bahawa Afrika bebas dari kes virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh, peristiwa penting dalam kempen selama beberapa dekad untuk membasmi penyakit itu.

13 kes di Sudan berasal dari vaksin, yang boleh berlaku dalam kes luar biasa apabila virus lemah dalam vaksin bermutasi, satu masalah di negara-negara dengan kadar imunisasi yang rendah dan sanitasi yang buruk, menurut pakar kesihatan.

“Ini adalah wabak polio pertama di Sudan dalam lebih dari satu dekad, dan telah menjejas sembilan negeri di seluruh negara,” kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB di Sudan.

Kes pertama direkodkan pada 9 Ogos, dan kawasan yang terjejas termasuk wilayah barat Darfur yang dilanda perang, katanya. – AFP