Sudan lanjut tempoh darurat

KHARTOUM, 11 OKT – Parlimen Sudan mengundi untuk melanjutkan tempoh darurat di seluruh negara untuk tiga bulan lagi, memetik ketua Majlis Kedaulatan semalam lapor agensi berita Xinhua.

Tempoh lanjutan itu berkuatkuasa hari ini, kata Mohamed al-Faki Suleiman dalam satu kenyataan.

Pada Februari, Presiden Omar al-Bashir mengisytiharkan darurat selama setahun, tetapi parlimen hanya meluluskan enam bulan.

Pada Julai, Majlis Peralihan Tentera (TMC) meluluskan darurat selama tiga bulan.

Sudan dikejutkan dengan protes sejak Disember lalu, apabila penunjuk perasaan menuduh Bashir gagal memperbaiki masalah ekonomi negara yang semakin kronik.

Negara dengan penduduk 40 juta itu, bergelut untuk pulih daripada kehilangan tiga perempat hasil pengeluaran minyaknya – sumber utama mata wang asing – sejak berpecah dengan Sudan Selatan pada 2011.

Sudan diperintah di bawah perjanjian perkongsian kuasa antara TMC dan gabungan pembangkang Pasukan Kebebasan dan Perubahan (FFC). – Bernama