Sudan: Puluhan ribu sertai bantahan

KHARTOUM, 31 OKT – Pembantah anti rampasan kuasa Sudan hari ini menyekat jalan-jalan raya di Khartoum sehari selepas serbuan besar-besaran perhimpunan ramai, ketika kempen menentang pengambilalihan dilakukan tentera memasuki seminggu.

Puluhan ribu penduduk keluar menyertai bantahan di seluruh negara semalam, membantah rampasan kuasa tentera pada 25 Oktober lalu, apabila jeneral tertinggi Abdel Fattah al-Burhan, membubarkan kerajaan, mengisytiharkan perintah darurat dan menahan pemimpin Sudan.

Langkah tersebut mencetuskan kecaman antarabangsa dan menghentikan bantuan punitif, dengan kuasa dunia menggesa untuk mengembalikan segara pemerintahan awam dan menyeru pihak tentera untuk menunjukkan ‘kekangan’ ke atas pembantah. Volker Perthes, Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Sudan, berkata hari ini dia telah bertemu dengan Perdana Menteri Abdalla Hamdok yang ditahan di bawah kawalan tentera yang diperintah oleh junta.- AFP

Ribuan pembantah menghalang jalan-jalan raya sebagai kempen menentang pengambilalihan dilakukan tentera.- AP