Sudan tiada mandat adakan hubungan baik dengan Israel

KHARTOUM, 25 OGOS – Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok memberitahu diplomat tertinggi Washington hari ini bahawa kerajaannya tidak mempunyai mandat untuk menormalkan hubungan diplomatik dengan Israel dan sebarang langkah seumpamanya akan berlaku setelah tempoh peralihan, kata seorang jurucakap.

Kerajaan peralihan pasca-Omar al-Bashir, yang tempohnya berakhir dengan pilihan raya pada tahun 2022, “tidak memiliki mandat di luar tugas-tugas ini atau untuk memutuskan menormalkan hubungan diplomatik dengan Israel”, kata Hamdok kepada Pompeo. – AFP