Suga akan letak jawatan

TOKYO, 3 SEPT – Perdana Menteri Jepun Suga Yoshihide (gambar) tidak berhasrat untuk mencalonkan diri dalam pemilihan kepemimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) pada bulan ini, yang menunjukkan beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri, lapor Xinhua memetik laporan NHK pada Jumaat.

Suga pada Rabu juga memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Perwakilan untuk pilihan raya dalam waktu terdekat, mengambil kira situasi COVID-19 yang teruk ketika ini dan mengatakan bahawa pemilihan kepemimpinan LDP yang dijadualkan pada 29 September tidak akan ditunda.

“Dalam masa setahun sejak saya jadi perdana menteri, saya telah mencurahkan semua kekuatanmenangani pelbagai masalah dihadapi negara, dengan langkah-langkah
antikoronavirus yang paling utama,” kata Suga memberitahu wartawan hari ini.

Menurutnya, beliau menyedari bahawa bertanding untuk pilihan raya dan mengendalikan dasar virus memerlukan ‘tenaga besar.’

Saya menyedari saya tidak dapat melakukan kedua-duanya.

Saya perlu memilih salah satu daripadanya,” tambahnya. – Bernama/AFP