SugarBun perkenalkan menu sihat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Bagi menyokong amalan pemakanan lebih sihat, SugarBun Brunei memperkenalkan produk terbaru istimewanya yang mengetengahkan ramuan sihat, Golden Chicken Wrap.

Produk terbaru SugarBun Brunei bukan sahaja menunjukkan komitmennya untuk menawarkan pelanggan mereka pelbagai pilihan produk yang baru dan memenuhi cita rasa tetapi juga memberikan pilihan produk yang lebih berkhasiat bagi mereka.

Golden Chicken Wrap yang ditawarkan terhad, menyajikan ramuan sayur-sayuran segar dengan gabungan ayam salad bersama sos keju istimewa yang dibalut dalam balutan tortilla serta boleh dinikmati di mana saja.

Menurut Pengarah SugarBun Brunei, Chan Fui Meng, Golden Chicken Wrap merupakan produk istimewa terbaru daripada SugarBun Brunei bagi tempoh yang terhad serta selagi stok masih ada.

Cef menunjukkan cara untuk menyediakan Golden Chicken Wrap bersama-sama dengan seorang pelanggan SugarBun.
Cef menunjukkan cara untuk menyediakan Golden Chicken Wrap bersama-sama dengan seorang pelanggan SugarBun.
Golden Chicken Wrap yang kini boleh didapatkan di semua cawangan Restoran SugarBun di seluruh negara bagi tempoh yang terhad iaitu selagi stok masih ada.
Golden Chicken Wrap yang kini boleh didapatkan di semua cawangan Restoran SugarBun di seluruh negara bagi tempoh yang terhad iaitu selagi stok masih ada.

Beliau menambah, ia merupakan produk yang diperkenalkan istimewa bagi memeriahkan lagi dan mengalu-alukan kehadiran tahun baru 2017 serta untuk memperkenalkan lebih banyak produk bagi mereka yang inginkan pilihan pemakanan yang sihat.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa sepanjang 2017, SugarBun Brunei akan memperkenalkan pelbagai produk yang bukan sahaja menepati cita rasa para pelanggannya tetapi juga menyokong hasrat pemakanan yang sihat.

Semua itu, jelasnya lagi, menunjukkan komitmen SugarBun Brunei untuk menjadi bukan sahaja restoran keluarga pilihan tetapi juga restoran yang menyajikan pilihan makanan yang sihat dan berkhasiat.

Para pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan Golden Chicken Wrap ala carte atau set di kesemua cawangan Restoran SugarBun di seluruh Negara.