Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Suhaili janji kembalikan kegemilangan Labuan

    LABUAN, 20 NOV – Ahli Parlimen baharu Labuan, Datuk Dr Suhaili Abd Rahman yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, berjanji untuk memimpin pulau itu dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi serta mengembalikan kegemilangannya.

    Wakil rakyat berusia 61 tahun yang bertanding dengan tiket Perikatan Nasional itu, pernah menjadi wakil rakyat Labuan selama dua penggal iaitu daripada 1999 hingga 2008. Beliau yang kembali aktif dalam arena politik sejak dua tahun lepas, berjanji untuk menamatkan isu-isu yang sekian lama menghantui penduduk Labuan serta menarik pelabur.

    “Rakyat telah menyaksikan kelembapan aktiviti ekonomi di pulau bebas cukai ini, kadar pengangguran sedang meningkat dan bilangan penutupan perniagaan membimbangkan.

    “Kini masa untuk kita melihat ke hadapan dan mengembalikan kegemilangan Labuan sebagai pulau bebas cukai yang menarik dan destinasi pelancongan berdaya maju. Saya mesti bekerja keras untuk meraih semula kepercayaan rakyat dan saya tidak gentar… Saya harap dapat memenuhi permintaan orang ramai,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    Datuk Dr Suhaili Abd Rahman berjanji untuk memimpin Labuan dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi serta mengembalikan kegemilangannya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...