Suho ikuti khidmat ketenteraan secara diam

Ahli kumpulan EXO, Suho (gambar bawah) akan menyesuaikan dengan kehidupan baharunya sebagai seorang askar!

Pada 14 Mei lalu, Suho secara diam-diam mendaftar di Pusat Latihan Tentera Nonsan di wilayah Chungcheong Selatan.

Pada 19 Mei lalu, Pusat Latihan Tentera Nonsan mengeluarkan gambar tentera yang baharu direkrut di laman sesawangnya. Gambar Suho, yang ditugaskan untuk platun kedua kumpulan keenam dari rejimen ke-23, juga dikeluarkan.

Dalam gambar yang dikeluarkan tersebut, Suho tersenyum ketika dia berpakaian seragam latihan di sebelah rakan sepasukannya.

Suho adalah anggota ketiga EXO yang memasuki tentera selepas Xiumin dan DO. Setelah menjalani latihan asas selama empat minggu, dia akan ditugaskan untuk bekerja sebagai pekerja perkhidmatan awam. – Agensi

Muaz bersyukur hidupnya sekeluarga masih dilimpahi nikmat biarpun berdepan pandemik COVID-19. – Agensi