Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Suhu global bakal lepasi 1.5 darjah Celsius

    GENEVA, 10 MEI – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran suhu global akan melebihi penanda aras 1.5 darjah Celsius di atas paras praperindustrian buat sementara waktu.

    Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim menyaksikan negara-negara sepakat memastikan had pemanasan global di bawah 2 darjah Celsius, sebolehnya pada 1.5 darjah Celsius, berbanding paras zaman praindustri.

    Organisasi Meteorologi Dunia PBB berkata, suhu purata 1.5 darjah Celsius di atas paras praperindustrian sepanjang tempoh berbilang tahun akan melanggar sasaran aspirasi Paris.

    “Terdapat 93 peratus peluang di mana sekurang-kurangnya satu tahun antara 2022-2026 akan menjadi yang paling panas dalam rekod dan menyingkirkan tahun 2016 daripada kedudukan teratas.

    Peluang purata suhu lima tahun untuk 2022-2026 lebih tinggi daripada lima tahun lalu (2017-2021) juga diletakkan pada 93 peratus.

    “Kajian ini menunjukkan bahawa dengan tahap kemahiran saintifik yang tinggi, kita semakin hampir untuk mencapai sasaran rendah Perjanjian Paris buat sementara waktu,” menurut Ketua WMO, Petteri Taalas.

    Katanya, angka itu bukan statistik rambang.

    Sebaliknya, ia adalah petunjuk di mana impak cuaca akan bertambah bahaya kepada manusia dan seluruh alam. – AFP

    Ikan mati terdampar di dasar tasik kering di Tasik Mead yang dilanda kemarau di Nevada pada 9 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...