SEOUL, 1 Ogos – Suhu panas di Korea Selatan telah mencapai pada tahap tertinggi hari ini berikutan gelombang panas yang menjunam di pertengahan musim panas, menurut agensi perkhidmatan cuaca negara itu.
Suhu panas mencecah 40.7 darjah Celsius pada waktu tengah hari di Hongcheon, sebuah bandar di wilayah timur negeri Gangwon, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).
Ia merupakan suhu yang tertinggi pernah dicatatkan di seluruh negara itu sejak KMA mula mengambil data pada tahun 1907.
Tahap suhu 40 darjah Celsius pernah dicatatkan di bandar tenggara Daegu di wilayah Gyeongsang Utara pada 1 Ogos 1942.
Sementara itu, suhu di ibu negara Seoul mencapai paras tertinggi harian pada 39.6 darjah Celsius pada waktu tengah hari, catatan tertinggi dalam 111 tahun. Catatan tertinggi sebelum ini ialah 38.4 darjah Celsius pada 24 Julai 1994.
Suhu panas yang luar biasa ini berlaku ketika musim hujan berakhir lebih awal daripada biasa. Musim hujan di rantau tengah negara itu berlaku hanya selama 16 hari, separuh daripada purata musim hujan sejak dari 1981 hingga 2010. – Xinhua