Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 27 Jan – Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) dengan kerjasama Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Tutong dan Majlis Perundingan Kampung Tanjong Maya pagi tadi mengadakan kempen kebersihan di Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya.
Kira-kira 50 orang yang terlibat termasuk ahli-ahli SUKA, guru-guru, ibu bapa pelajar dan penduduk bagi acara gotong-royong membersihkan sekolah itu.
Turut hadir ialah Ketua Kampung Tanjong Maya, Awang Suif bin Mohd Yusop dan Guru Besar Sekolah Rendah Abdul Rashid Tanjong Maya, Dayang Nurhadayah binti Abdullah Tujoh.

Kempen bertujuan menggalakkan warga sekolah dan penduduk kampung serta ahli-ahli SUKA menitikberatkan kebersihan sekolah di samping dapat mencantikkan lagi persekitaran sekolah.
Selain itu, kempen tersebut merupakan salah satu aktiviti atau kegiatan sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru-Guru dan penduduk kampung dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka.