Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Suka-suka dinobat juara

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pandan C telah diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC), Belait, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Penasihat MPK Pandan C, Dato Paduka Haji Jamain bin Haji Julaihi yang telah dialu-alukan oleh pengerusi bersama kejohanan, Abdul Hani bin Haji Raman dan Khalid bin Majid.

    Pada perlawanan akhir tersebut telah menyaksikan pertemuan antara empat buah pasukan yang bersaing bagi menentukan juara kejohanan. Dalam aksi kelmarin, pasukan Suka-Suka telah dinobatkan sebagai juara dan naib juara disandang oleh BSRC Wildout. Manakala LLRC X mendapat tempat ketiga diikuti dengan Bravery di tempat keempat.

    Kejohanan yang dianjurkan antara lain adalah sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan yang menyaksikan penyertaan sebanyak 12 buah pasukan. Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan pada tahun ini termasuk Bravery, BSRC Wildout, BSRC Y & D, Cervelo, Jungle BT, LLRC X, LLRC Y, RS Smasher, RS Net Setter, RS Titans, Santai Shuttlers, dan Suka-Suka.

    Kejohanan dilangsungkan selama tujuh hari bermula 18 Julai 2022, dengan perlawanan dijadualkan setiap hari Isnin hingga Rabu.

    Pasukan Suka-Suka muncul juara dalam pusingan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC), Belait kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...