Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Sukan Asia: Atlet angkat berat berlepas ke China

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Dua orang ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada jurulatih, Awang Muhammad Hadi Dinie bin Abdul Rahman dan atlet angkat berat, Dayang Jurulena binti Juna telah berlepas ke Hangzhou, China bagi menyertai kejohanan Sukan Asia ke-19 2022, yang berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober depan.

     

    Hajah Nor Ashikin dan kontinjen negara bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar serahan KKBS

     

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta kata-kata semangat ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari selaku wakil Setiausaha Tetap (Kesukanan).

    Hadir sama bagi menghantar kontinjen negara di LTAB ialah pegawai-pegawai kanan KKBS.

    Kumpulan terakhir akan bertolak ke Hangzhou, China pada 2 Oktober depan.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...