Sukan boling, tambahan dalam senarai sukan perseorangan

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Pusat boling di negara ini membuka pintu kepada orang ramai setelah pengumuman bahawa sukan boling telah dimasukkan dalam senarai sukan dalam pertandingan perseorangan sebagai sebahagian daripada panduan terkini kemudahan sukan tertutup.

Arena boling yang popular seperti Utama iBowl Bowling Center dan Golden Bowling Company mendapat sambutan yang baik daripada pemain boling setelah kembali beroperasi pada petang tadi. Dalam mematuhi garis panduan, tingkat kapasiti telah dihadkan kepada 30 peratus sahaja.

Sukan boling menjadi penambahan terbaharu dalam senarai sukan yang dikategorikan di bawah pertandingan sukan perseorangan sebagai sebahagian daripada panduan terkini untuk kemudahan sukan tertutup setelah fasa pertama proses de-escalation.

Fasa pertama, atau dikenali sebagai Operational Readiness Level 1, merujuk kepada pembukaan semula empat jenis kompleks dan kemudahan sukan iaitu gim dan pusat kecergasan, padang golf, kemudahan sukan dalaman dan luar.

Sukan tertutup yang melibatkan satu perlawanan atau perlawanan yang melibatkan satu lawan satu adalah seperti sukan bulu tangkis, sukan skuasy, sukan ping pong dan tenis, boling padang, sukan petanque dan memanah berada di bawah sukan luar.

Pusat boling di seluruh negara kembali dibuka kepada orang ramai sejak penutupannya pada bulan Mac yang lalu sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Langkah memasukkan sukan tersebut dikategorikan di bawah pertandingan sukan perseorangan di bawah garis panduan yang digariskan dalam kemudahan sukan tertutup menandakan satu lagi perkembangan terkini fasa pertama, yang telah diumumkan pada 3 Jun.

Sebelumnya, hanya sukan yang dilakukan secara solo dibenarkan. Garis panduan yang dikeluarkan untuk pusat kecergasan dan gim serta padang golf masih kekal.

Sejak dibuka semula pada 16 Mei, empat jenis kompleks sukan dan kemudahan, sejumlah 131 gim dan pusat kecergasan telah mendaftar dengan aplikasi BruHealth termasuk 104 premis di Daerah Brunei dan Muara, 20 di Daerah Belait, empat di Daerah Tutong dan tiga di Daerah Temburong.

Dalam tempoh tersebut, statistik menunjukkan bahawa pengunjung kemudahan pusat gim dan pusat kecergasan, kemudahan sukan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan padang golf di seluruh negara berjumlah 12,185 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 5,854 orang telah mengunjungi kemudahan pusat gim dan pusat kecergasan; 2,342 telah menggunakan kemudahan sukan di bawah bidang kuasa KKBS dan 3,989 pemain golf telah bermain di tujuh premis golf di seluruh negara.

Para pengguna diingatkan untuk membawa peralatan sukan mereka sendiri di mana berkongsi peralatan adalah tidak dibenarkan. Selain itu, sukan-sukan anjuran, sukan berpasukan dan sukan yang melibatkan kontak juga tidak dibenarkan.

Setiap pengguna juga mesti membuat tempahan dan memuat turun aplikasi BruHealth untuk mendaftarkan kod QR mereka dan menempah kemudahan sukan.

Kemudahan sukan dan pemilik kompleks juga mesti menjaga sistem tempahan dan jadual waktu untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pengguna.

Pengguna dan pengurus premis juga disarankan untuk mengamalkan garis panduan yang yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dengan selalu menjalankan tanggungjawab sosial semasa berada di kemudahan sukan, berada dalam keadaan sihat, membawa alat pembersih sendiri serta memastikan kebersihan diri, kebersihan peralatan dan persekitaran kemudahan setiap masa.