Sukan footgolf semakin diminati ramai

SHAH ALAM – Matanya tertuju kepada bendera yang terpacak di padang golf, Jamiatul Akmal Abdul Jabar mengejar rakan-rakannya yang bersorak dan menendang bola sepak di padang golf di Malaysia.

Ini adalah sukan baharu dipanggil ‘footgolf’, gabungan di antara dua sukan paling popular di dunia yang berkembang pesat dan menarik orang ramai untuk bermain sukan tersebut.

Sukan itu serupa mengikuti peraturan sukan golf, tetapi pemain meninggalkan kayu golf mereka di rumah dan sebaliknya bermain dengan menggunakan kaki mereka untuk menjaringkan bola di setiap lubang dengan sepakan.

Jamiatul mengikuti sukan footgolf bersama rakan-rakannya di padang golf yang ditukar dengan lubangnya kepada 21 inci (53 sentimeter) di luar ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.

Pemain berusia 38 tahun itu mengatakan bahawa dia telah menganggap sukan golf sebagai permainan yang membosankan tetapi lebih senang lagi dengan sukan footgolf tersebut.

Seorang pegunjung memegang bola setelah mendaftar sebelum bermain di padang footgolf di Shah Alam, Kuala Lumpur. Footgolf, gabungan dua sukan paling popular di dunia yang berkembang pesat dan menarik orang muda. – AFP

Jamiatul Akmal Abdul Jabar, 38, ketika melakukan tendangan bola di padang footgolf. – AFP

“Anda merasakan bahawa ini adalah sesuatu yang baharu, sesuatu pengalaman yang baharu,” kata Jamiatul, pengemar pemain futsal kepada AFP.

“Saya merancang untuk menempah sekali lagi sesi lain.” Ribuan pemain kini menendang bola di padang footgolf di sekitar 36 negara dan sukan ini ditadbir oleh sebuah persekutuan antarabangsa sejak 2012.

Beberapa sukan di Piala Dunia telah dipentaskan, walaupun edisi 2020 yang awalnya akan berlangsung di Jepun telah ditunda ke tahun depan akibat penularan wabak COVID-19.

Asal-usul sukan ini tidak jelas, tetapi salah satu kejohanan tercatat paling awal adalah di Belanda pada tahun 2008.

Bilangan peminat sukan footgolf semakin meningkat

Di Malaysia, orang mula bermain sukan footgolf ini pada tahun 2018 di padang Bukit Jelutong di luar ibu kota Kuala Lumpur, yang telah ditinggalkan tetapi diberi perubahan oleh Footgolf Malaysia. Jeffrey Cottam, yang bersama-sama mengasaskan organisasi sukan itu, mengatakan usaha awal untuk memulakan sukan ini ditentang oleh pemilik padang golf itu yang menolak idea membiarkan pemain bola masuk ke padang hijaunya.

Tetapi dia akhirnya berjaya mendirikan di Bukit Jelutong dan syarikat itu kini mengendalikan dua padang footgolf di Malaysia, yang kedua adalah terletak di selatan negeri Johor dengan yang ketiga pembinaannya dalam perjalanan.

“Lebih daripada 2,000 orang bermain setiap bulan di Malaysia,” kata Cottam.

“Footgolf, seperti sukan golf, bukan mengenai kekuatan dan bukan hanya kepada pemain muda sahaja,” tambahnya kepada AFP.

“Tetapi sukan ini lebih teknikal. Footgolf bukan tentang mengalahkan orang yang anda lawan, namun mengenai bagaimana mengalahkan padang footgolf tersebut.”

Dia juga berharap populariti sukan footgolf yang semakin meningkat dapat memberi bantuan kepada kursus footgolf.

Sukan golf tidak begitu ramai yang diminati di banyak negara, dengan orang muda sebahagian besarnya tidak berminat dan sedikit yang mempunyai masa untuk menghabiskan seharian bermain sukan golf, menyebabkan banyak padang golf telah ditutup.

Tetapi footgolf memberi mereka beberapa pendapatan yang sangat menguntungkan, di AS, misalnya, sukan ini sekarang dimainkan lebih dari 500 padang golf, menurut Persekutuan Footgolf Amerika.

Danny Chia, pemain golf profesional Malaysia yang bermain di Jelajah Asia, juga mengatakan mengenai sukan footgolf mungkin dapat membantu padang golf di negara.

“Masih banyak padang golf di luar sana yang tidak berjalan dengan baik,” katanya kepada AFP.

“Ini boleh membantu dan menjadi jalan baharu bagi mereka.” – AFP