Sukan menghubungkan Kosovo dengan Serbia

KOSOVO – Belgrade telah menolak tuntutan negara itu untuk kemerdekaan dan Rusia telah menghalang negara itu dari menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu namun Kosovo tetap berjuang untuk kembali ke tempat yang lebih baik dalam pentas antarabangsa melalui sukan.

“Berita baik buat semua penduduk Kosovo,” kata Presiden Hashim Thaci dalam media sosial milik beliau pada 13 Mei tahun lalu setelah badan induk bola sepak dunia FIFA telah me-nerima Kosovo ke dalam sukan itu membuatkan Serbia merasa tidak senang.

Kosovo merupakan sebuah negara yang kebanyakan penduduknya berasal dari Albania dan hingga kini, Kosovo dianggarkan mempunyai populasi sekitar 1.8 juta dan pada Sep-tember tahun lepas, Thaci telah menulis dalam media sosial beliau dalam bahasa Inggeris setelah pasukan bola sepak negara itu menjaringkan gol pertama semasa menentang Finland bagi meraih kedudukan dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

“Kini, generasi pemain kami semakin berani dan cekal dalam menghadapi pelbagai cabaran dan kami merasa sangat bangga, sesuatu yang baik akan datang untuk anda semua, Kosovo,” tulis presiden itu di dalam aplikasi media sosial miliknya.

Presiden Kosovo itu turut menggunakan aplikasi media sosial miliknya untuk membantu mempromosikan penyertaan atlet sukan negara itu dalam sukan Olimpik baru-baru ini. “Majlinda telah membawa pingat emas pertama buat Kosovo,” tulis presiden itu di dalam media sosial setelah Kosovo menyertai buat kali pertama dalam sukan judo, Olimpik di Rio pada bulan Ogos yang lalu. Setelah ditolak oleh pihak Rusia untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Thaci berkata kepada wartawan AFP pada tahun 2014 bahawa keahlian negaranya dalam sukan Olimpik itu sebenarnya sudah membentuk keahlian negara itu dalam PBB.

Presiden Kosovo itu turut menggunakan aplikasi media sosial miliknya untuk membantu mempromosikan penyertaan atlet sukan negara itu dalam sukan Olimpik baru-baru ini. – AFP
Presiden Kosovo itu turut menggunakan aplikasi media sosial miliknya untuk membantu mempromosikan penyertaan atlet sukan negara itu dalam sukan Olimpik baru-baru ini. – AFP

Sebagaimana sebuah negara yang menyertai pertubuhan itu, Kosovo telah mengatakan bahawa negara itu telah diiktiraf secara rasmi kemerdekaan secara unilateral pada tahun 2008 namun Belgrade merasa marah dengan tindakan Persekutuan Sukan itu kerana meluluskan Pristina sebagai ahli baru pertubuhan itu.

Serbia berkeras dan menentang mengiktiraf kemerdekaan Kosovo dan tuntutannya ke atas kedaulatan bekas wilayah termaktub dalam perlembagaan negara itu.

Dicerca

Bintang sukan tenis Serbia, Novak Djokovic menyatakan bahawa kedudukan rasmi Belgrade jelas memperlihatkan tentang status negara itu, “Kosovo adalah Serbia dan kekal begitu buat selama-lamanya.”

Bekas ketua Serbia dalam sukan bola tampar, Nenad Golijanin telah menerima kesan yang besar dan dicerca malah kedudukan beliau dalam organisasi sukan itu di Serbia goyah disebabkan tindakannya meluluskan Kosovo untuk menyertai persekutuan sukan antarabangsa dalam sukan bola tampar.

“Ia adalah satu perkara yang sangat hipokrit untuk menentang undian dan memandangkan dua bulan sebelum ini, saya telah menghantar satu pasukan yang meliputi generasi-generasi muda ke Bulgaria untuk bermain sukan itu bersama-sama dengan pemain-pemain daripada Kosovo, tidak jadi masalah,” kata Nenad Golijanin kepada wartawan AFP.

Beliau percaya bahawa tindakan Belgrade sebenarnya bersangkut paut dengan isu kekalahan mereka dalam menghubungkan diplomasi sukan dengan Pristina yang mana menyatakan bahawa Serbia tidak boleh mengganggu mahupun menghalang Kosovo untuk menyertai mana-mana pertandingan sukan antarabangsa.

Presiden Kosovo, Hashim Thaci. – AFP
Presiden Kosovo, Hashim Thaci. – AFP
Presiden Jawatankuasa Olimpik Kosovo, Besim Hasani berkata bahawa Kosovo berpotensi untuk meraih banyak kemenangan dalam sukan-sukan Olimpik. – AFP
Presiden Jawatankuasa Olimpik Kosovo, Besim Hasani berkata bahawa Kosovo berpotensi untuk meraih banyak kemenangan dalam sukan-sukan Olimpik. – AFP

Perjanjian itu turut disokong oleh badan-badan persatuan Eropah dan ditandatangani pada tahun 2013. Para penganalisis politik Serbia, Dusan Janjic berkata bahawa kempen sukan bagi Kosovo adalah tidak produktif dan ditakdirkan untuk gagal.

“Cara untuk menghukum rakyat sebenarnya menghukum kita sendiri terutama sekali dalam menentang Kosovo adalah satu tindakan yang tidak masuk akal. Ia adalah bertentangan dengan kepentingan kita sendiri. Kami pergi dari satu kegagalan namun apabila Serbia cuba untuk menentang, ia akan memperlihatkan satu fenomena bahawa negara ini tidak menghormati perjanjian yang telah ditandatangani di depan wakil-wakil pembesar dari seluruh benua Eropah,” tambah Nenad lagi kepada wartawan AFP.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Kosovo, Besim Hasani berkata bahawa Kosovo berpotensi untuk meraih banyak kemenangan dalam sukan-sukan Olimpik.

“Sukan Kosovo sebenarnya telah menjejaskan beberapa pendapat antarabangsa ter-hadap negara itu. Sukan telah membuka semua pintu namun negara itu telah disekat untuk mengikuti mana-mana pertubuhan politik,” tambah Besim kepada wartawan AFP.

Sukan menjadi diplomasi negara itu untuk mengukuhkan imej negara di kalangan negara-negara yang tidak mengiktiraf Kosovo seperti Brazil, di mana pasukan Kosovo berbaris di belakang bendera kebangsaan semasa majlis pembukaan sukan Olimpik Rio pada tahun lepas.

Namun pertempuran untuk memperluaskan empayar Kosovo dalam bidang sukan masih lagi belum berakhir malah Kosovo akan terus berjuang. “Mereka hidup dengan penuh ilusi dan jika mereka fikir Kosovo berhenti berjuang, kami tidak akan pernah kehilangan kata juang selagi kami mampu untuk terus berjuang,” kata Marko Djuric, menteri kerajaan Serbia dalam mengendalikan hal ehwal Kosovo kepada wartawan. – AFP