Sukan Olimpik 2024 Paris perlu perubahan

PARIS, 27 APRIL – Rancangan untuk Sukan Olimpik musim panas 2024 di Paris menjadi ‘lapuk dan ketinggalan zaman’ kerana pandemik koronavirus, ahli IOC dan bekas menteri sukan Perancis, Guy Drut berkata kelmarin.

Bekas juara Olimpik, Drut, yang memenangi pingat emas dalam acara berhalangan 100 meter pada tahun 1976 dan memenangi pingat perak empat tahun sebelumnya, menambah bahawa Sukan Olimpik perlukan ‘penciptaan semula’ untuk membuatkan ia lebih dekat dengan realiti.

“Krisis yang kita lalui akan mempunyai impak yang berkekalan dalam kehidupan kita seharian, cara hidup kita, ekonomi kita, perjanjian sosial kita, pilihan masyarakat kita,” tulis Drut.

“Ia tidak boleh dan mesti tidak kekal sama tanpa kesan kepada keperluan penting iaitu mencipta semula diri kita.”

“Sukan Olimpik dan Paralimpik tidak terkecuali dalam konteks baharu ini. Ia juga mesti mencipta semula keajaibannya.”

Komiti Sukan Olimpik Antarabangsa, bekerjasama dengan penganjur tempatan, telah dipaksa untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada satu tahun sehingga 2021 kerana wabak COVID-19. – AFP

Ahli IOC dan bekas menteri sukan Perancis, Guy Drut berkata bahawa Sukan Olimpik perlukan ‘penciptaan semula’ untuk membuatkan mereka lebih dekat dengan realiti. – AFP