Sukan Olimpik bermula selepas setahun ditunda

TOKYO, 21 JULAI – Program sukan di Olimpik Tokyo akhirnya bermula hari ini, tanpa penonton selepas setahun ditangguhkan akibat wabak koronavirus memaksa ia ditangguhkan.

Ketika pertandingan dimulakan di Jepun dua hari sebelum upacara pembukaan Jumaat ini, Brisbane memenangi undi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Panas 2032, yang mencetuskan keraian di kota itu.

Brisbane, yang akan menjadi bandar Australia ketiga yang menganjurkan Olimpik selepas Melbourne dan Sydney, dipilih sebagai calon tunggal dalam proses pembidaan.

“Kami tahu apa yang diperlukan untuk menjayakan sukan yang berjaya,” kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison secara langsung dari Canberra sebelum pemilihan.

Keputusan itu bermakna tuan rumah untuk tiga Sukan Olimpik Musim Panas akan datang, dengan Paris mengadakan acara pada tahun 2024 dan Los Angeles menganjurkan Sukan 2028.

Acara Olimpik pertama semalam menyaksikan negara tuan rumah mengalahkan Australia 8-1 dalam pertandingan sofbal di Fukushima yang pernah dilanda bencana alam, tempat yang dipilih untuk menggarisbawahi slogan asal Tokyo sebagai ‘Sukan Pemulihan dan Rekonstruksi’ setelah wilayah itu dilanda tsunami 2011 dan bencana nuklear.

Perlawanan itu berlangsung di stadium kosong kerana penonton dilarang hadir acara Olimpik berikutan lonjakan kes koronavirus di Tokyo dan di tempat lain di Jepun.

Bunyi pukulan bola di sekitar Stadium Azuma kedengaran dengan latar bukit berhutan.

Sukan Olimpik diadakan dalam gelembung biokeselamatan dengan atlet menjalani ujian virus setiap hari dan penjarakan sosaial dan memakai penutup mulut dan hidung ketika tidak bertanding, berlatih, makan atau tidur. – AFP

Pasukan sofbal Jepun dan Australia ketika mendengarkan lagu kebangsaan mereka sebelum perlawanan bermula dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Stadium Baseball Fukushima Azuma semalam. – AFP