Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan Olimpik musim sejuk Korea S dapat sambutan?

    PYEONGCHANG, Korea Selatan – Tempat majlis pembukaan sukan olimpik musim sejuk di Korea tahun depan masih dipenuhi dengan ikan-ikan mati yang bergantungan di luar kedai Lee Yong-Oon.

    Kebanyakan tempat bagi sukan Pyeongchang 2018 hampir siap dan penyelaras akan membuat pemasaran domestik dan antarabangsa secara besar-besaran dengan menampilkan teknologi Korea, budaya dan makanan untuk menarik peminat-peminat sukan dari seluruh dunia.

    Namun begitu, Lee tidak begitu yakin. Ikan Pollock kering yang menjadi keistimewaan di sana mungkin akan dianggap ‘susah untuk dimakan’ bagi orang-orang barat.

    Meskipun tempatnya yang strategik dan dia berpeluang untuk menarik beribu-ribu pelanggan, Lee memberitahu AFP dia tidak bercadang untuk me-ningkatkan pengeluarannya pada musim sejuk akan datang.

    Setahun sahaja lagi sebelum berlangsungnya sukan olimpik musim sejuk, banyak penduduk Korea Selatan menyatakan kebanggaan mereka kerana menjadi tuan rumah untuk sukan itu. Pekerja-pekerja juga sudah mula memasang struktur olimpik bahagian atas yang bersebelahan dengan premis Lee.

    Pamandangan di tapak pembinaan bagi majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 di bandar Hoenggye di Pyeongchang. - AFP
    Pamandangan di tapak pembinaan bagi majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 di bandar Hoenggye di Pyeongchang. – AFP

    Fasiliti sukan yang masih dalam proses penyiapan adalah cerun untuk ski bagi acara turun bukit. Ini kerana, pusat-pusat peranginan yang sedia ada tidak mempunyai gunung dengan ketinggian yang mencukupi untuk memberikan penurunan yang diperlukan menurut peraturan. Ia sekarang masih 85 peratus untuk siap.

    Sebuah flat di perkampungan Olimpik dilengkapi dengan cadar yang dipenuhi dengan simbol-simbol sukan. Ia juga mempunyai dua set kaca untuk melindungi dari sejuk.

    Pemandangan yang menggayatkan dari atas tempat lompatan ski K125 menampakkan pekerja-pekerja yang kelihatan kecil di bawah dengan berjaket hijau sedang mempersiapkan tempat pendaratan untuk acara percubaan. Laluan bagi acara rentas desa juga kelihatan melalui bukit-bukit berhutan berhampiran. Manakala turbin angin kelihatan seolah-olah tersusun di sepanjang ufuk.

    Walau bagaimanapun, pemasarannya tidak begitu memberangsangkan. Iklan pertama Sukan Olimpik Musim Sejuk adalah papan tanda putih di lereng bukit, 30 kilometer dari Pyeongchang.

    Ini berbeza dengan China, tuan rumah seterusnya. Meskipun Sukan Olimpik akan berlangsung pada tahun 2022, papan-papan iklan yang berwarna-warni sudah sedia tersusun di sepanjang lebuhraya yang jauhnya lebih dari sejam dari tempat sukan itu akan diadakan.

    Kaji selidik dari Gallup Korea baru-baru ini mendapati hampir separuh rakyat Korea Selatan, iaitu 49 peratus, tidak berminat akan Sukan Olimpik Musim Sejuk. 19 peratus mengatakan mereka ‘langsung tidak berminat’. Hanya 48 peratus mengatakan mereka berminat.

    Isu pemasaran Sukan Olimpik Pyeonchang yang akan berlangsung di tempat yang jauh dari pasaran tradisional Amerika Utara dan Eropah menjadi semakin penting.

    “Ia merupakan isu yang sangat penting,” kata Pengarah OIC Sukan Olimpik Christophe Dubi kepada AFP.

    “Kita mesti memasarkan acara ini sekarang. Kami telah bercakap secara terbuka dengan penganjur Pyeongchang mengenai hal ini iaitu untuk melaksanakan usaha ini pada peringkat Korea dan juga antarabangsa,” katanya.

    Media Korea Selatan juga melahirkan rasa bimbang. Dengan editorial yang menunjukkan rasa sedih, akhbar Chosun Ilbo mengatakan “tidak ada keterujaan dan keceriaan mengenai sukan yang akan berlangsung setahun saja lagi”. Akhbar itu juga memberi amaran yang mereka berkemungkinan “akan mendapat malu antarabangsa”.

    Tolakan akan dimulakan tidak lama lagi semasa penjualan tiket berlangsung di Korea Selatan, kata presiden dan CEO ahli jawatankuasa Pyeongchang untuk sukan olimpik (POCOG), Lee Hee-Beom. Ketersediaan tiket antarabangsa bergantung kepada ahli jawatankuasa negara Sukan Olimpik setiap negara.

    Seorang pekerja berada di tapak pembinaan untuk majlis perasmian  Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 di bandar Hoenggye di Pyeongchang. - AFP
    Seorang pekerja berada di tapak pembinaan untuk majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 di bandar Hoenggye di Pyeongchang. – AFP
    Ikan Pollacks digantung di atas struktur kayu di kawasan pengeringan di bandar Hoenggye, berhampiran tempat pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 di Pyeongchang. - AFP
    Ikan Pollacks digantung di atas struktur kayu di kawasan pengeringan di bandar Hoenggye, berhampiran tempat pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 di Pyeongchang. – AFP

    Tempat duduk kategori teratas untuk majlis pembukaan dijual pada harga 1,500,000 won korea (AS$1,200) dan 900,000 won (AS$800) bagi hoki ais. Namun tiket-tiket acara lain contohnya biathlon dan skeleton ada juga yang dijual pada harga yang murah iaitu serendah 20,000 won.

    “Kami mengadakan promosi bermula 9 Februari dan akan mempercepatkan aktiviti promosi di seluruh negara dan di seluruh dunia,” kata Lee kepada AFP. Iklan-iklan kini disebarkan melalui bas-bas Seoul dan rangkaian televisyen antarabangsa.

    Pyeongchang merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang ke-23, katanya. Sukan ini hanya pernah diadakan di 12 buah negara setakat ini, dan kesemuanya terdiri dari negara Eropah dan Amerika Utara, kecuali Jepun yang pernah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali pada tahun 1972 di Sapporo dan pada tahun 1998 di Nagano.

    Setakat ini, sukan musim sejuk dianggap sebagai “sukan untuk orang Eropah, sukan untuk orang Amerika”, katanya. Namun, sukan ini akan menjadi “sukan untuk orang-orang Asia” apabila Jepun menjadi tuan rumah, diikuti dengan China.

    Meskipun begitu, di pusat peranginan Yongpyong di mana acara slalom akan berlangsung, pemandu pelancong Uno Wang yang telah mengiringi kumpulan-kumpulan dari China selama 15 tahun memberi amaran supaya tidak terlalu bergantung kepada jiran Korea Utara itu.

    “Kami selalunya memperkenalkan Sukan Olimpik kepada orang-orang yang kami bawa kesini tapi mereka tidak menunjukkan minat yang menggalakkan,” katanya. “Memang selalu begitu di Asia Tenggara. China merupakan sebuah negara yang tidak begitu meminati sukan, terutama sekali sukan musim sejuk.”

    Sehubungan dengan itu, pelancongan China ke Korea Utara dicurigai yang juga menyebabkan Beijing marah oleh sebab rancangan negara itu untuk menggunakan sistem pertahanan misi AS, THAAD, sebagai tindak balas kepada percubaan atom dan pelancaran roket Korea Utara yang dilengkapi dengan senjata nuklear.

    Beijing juga telah membuat langkah-langkah yang dilihat sebagai tindak balas. Wang juga mengatakan jumlah pelawatnya menurun dari sebanyak 30 peratus ke 50 peratus.

    “Jika kerajaan Korea Selatan juga turut menggunakan THAAD, jumlah pelawat berkemungkinan akan menurun lagi, sebanyak 70 atau 80 peratus,” katanya. “Ini merupakan masalah yang sangat serius.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda