Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan Para ASEAN: Emas pertama untuk negara

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Gandingan atlet Negara Brunei Darussalam, Kamarul Ariffin Haji Abdul Ghafar dan Saidin bagi Sukan Boling 10 Pin mencatatkan sejarah penyertaan negara dengan meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur tahun 2017.

    Gandingan negara itu meninggalkan saingan terdekatnya, catatan 2243 jatuhan pin berbanding 2196 oleh peserta tuan rumah, Malaysia yang terpaksa akur dengan pingat perak, manakala 2129 telah dicatatkan oleh pemenang pingat gangsa dari Thailand.

    Selain daripada kejayaan itu, atlet negara bagi acara lontar peluru, Alihan Muda meraih pingat perak setelah mengatasi peserta tuan rumah, Salihan Bacho di tempat ketiga, sementara itu pingat emas dimenangi oleh Bajury Ladis.

    Pemenang pingat emas negara, gandingan Kamarul Ariffin dan Saidin, bergambar bersama atlet dan pegawai kontinjen negara di Kuala Lumpur.

    Manakala seorang lagi atlet lontar peluru negara, Zaikol Wardi Haji Tarip, berada di tempat keempat.

    Dalam acara uji masa campuran berbasikal, peserta negara Hamizan Samsudin berjaya meraih pingat gangsa dan memberikan saingan hebat kepada dua peserta tuan rumah yang memenangi pingat emas dan perak.

    Dengan keputusan itu, kontinjen negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur kini berada di kedudukan kelapan dengan satu pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda