Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Sukan Sea : Atlet pencak silat Brunei sedia pamer aksi terbaik

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Atlet pencak silat Brunei Darussalam bersiap sedia untuk mempamerkan persembahan terbaik untuk negara pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 di Hanoi, Vietnam minggu hadapan.

    Empat atlet negara iaitu Anisah Najihah binti Abdullah, Norleyermah binti Haji Raya, Nur Wasiqah Aziemah binti Rosihan dan Muhd ​​​​Adi Saifullah bin Haji Muhd ​​​​Suhaimi telah dipilih untuk mewakili negara.

    Atlet pencak silat negara akan diiringi oleh ketua jurulatih, Haji Khairul Bahrin bin Haji Durahman.

    Ketiga-tiga peserta, Anisah, Norleyermah dan Nur Wasiqah Aziemah akan beraksi dalam acara regu (berpasukan) wanita manakala Muhd ​​​​Adi Saifullah akan bertanding dalam acara perseorangan lelaki.

    Anisah, yang memenangi gangsa pada edisi sebelumnya di Manila, Filipina pada 2019, juga akan mengambil bahagian dalam acara perseorangan wanita.

    Atlet pencak silat negara bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik di Sukan SEA.

    Beliau turut berbesar hati kerana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah memilihnya untuk menyertai Sukan SEA edisi kali ini.

    Beliau menambah, “Pada Sukan SEA yang lalu, kami tidak mempunyai acara berpasukan. Saya sangat gembira kerana mempunyai peluang untuk bertanding bagi acara berpasukan tahun ini.”

    Pasukan berkenaan telah membuat persiapan sejak 2019 dan baru-baru ini menghadiri latihan selama sebulan di Perkampungan Sukan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dalam persiapan menjelang Sukan SEA.

    Ia akan menandakan penampilan langsung pertama pasukan sejak permulaan wabak COVID setelah kali terakhir turun padang dalam aksi kompetitif di Kejohanan Pencak Silat Terbuka Singapura kelapan.

    Pertandingan itu akan memperkenalkan penerapan peraturan baharu seperti saingan dalam sistem kalah mati berbanding sistem penggredan pusingan tunggal dalam pertandingan sebelumnya.

    Acara pencak silat akan diadakan pada 10 dan 11 Mei di Dewan Sukan Bac Tu Liem, Vietnam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...