Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sukan SEA: Ayuh Vietnam, masa semakin suntuk

    HANOI, 6 MEI – Penganjur Sukan SEA ke-31, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA ke-31 Vietnam sedang bertungkus lumus melengkapkan segala persediaan menjelang temasya dwitahunan itu yang akan membuka tirai secara rasmi Khamis depan.

    Sukan SEA ke-31 akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei dengan beberapa jenis sukan antaranya bola sepak dan terjun memulakan saingan lebih awal.

    Kurang seminggu sebelum upacara perasmian, kerja-kerja penambahbaikan serta mencantikkan infrastruktur di beberapa venue masih berjalan.

    Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja mencantikkan masih dijalankan di Pusat Media Utama (MPC) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Vietnam di sini, yang mana pekerja giat membersihkan kawasan setempat dan memasang kelengkapan diperlukan.

    Turut terdapat di MPC adalah ruang santai untuk petugas media berehat melepaskan kepenatan masing-masing selepas membuat liputan di lapangan dan kebiasaannya makanan serta minuman tersedia setiap masa.

    Pada masa sama, tinjauan Bernama di Pusat Akuatik My Dinh mendapati keadaan sekitar berada pada tahap memuaskan dengan kerja-kerja penambahbaikan kemudahan masih berjalan menjelang hari pertama sukan terjun membuka tirai saingan Ahad ini.

    Sementara itu, usaha Bernama untuk membuat tinjauan di Stadium Nasional My Dinh yang menjadi tempat pembukaan rasmi, acara bola sepak dan olahraga tidak kesampaian selepas tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut oleh pengawal bertugas.

    Malah, jurufoto Bernama juga dihalang daripada membidik gambar stadium yang mampu memuatkan lebih 40,000 penonton dalam satu masa itu dari jarak dekat.

    Ini adalah kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah penganjuran Sukan SEA selepas julung kali menganjurkannnya pada 2003.

    Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA kali ini terdiri daripada 584 atlet yang akan mengambil bahagian dalam 37 jenis sukan daripada keseluruhan 40 yang dipertandingkan melibatkan 338 acara daripada keseluruhan 526 acara. – Bernama

    Seorang petugas kebersihan melakukan kerja-kerja membersihan kawasan sekitar ketika tinjauan Bernama sempena Sukan Sea 2021 di Pusat Sukan Air My Dinh kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...