Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sukan SEA: Malaysia hantar 612 atlet ke Hanoi

    KUALA LUMPUR, 13 MAC – Seramai 612 atlet Malaysia telah didaftarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menyertai Sukan SEA Hanoi di Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini.

    MOM dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, 226 atlet adalah di bawah kategori A (kos ditanggung sepenuhnya) manakala 386 lagi bertanding di bawah kategori B (kos dipulangkan jika memenangi pingat).

    Menurut kenyataan itu lagi seramai 206 pegawai merangkumi 102 di bawah kategori A dan 104 di bawah kategori B turut dibawa ke temasya dwitahunan itu, sebaik tarikh tutup pendaftaran berdasarkan nama ditutup semalam (12 Mac).

    “Jumlah keseluruhan atlet lelaki adalah 377 orang (62 peratus) dan atlet wanita 235 orang (38 peratus), manakala jumlah pegawai lelaki adalah 175 orang dan 31 orang pegawai wanita,” menurut kenyataan itu.

    Dalam pada itu, menurut MOM semalam juga merupakan tarikh akhir penamaan atlet bagi persatuan sukan dan masing-masing telah memuktamadkan atlet mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...