Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sukan SEA: Pemain naturalisasi skuad bola keranjang diperlukan

    KUALA LUMPUR, 24 MAC – Berbaki kurang dua bulan lagi, skuad bola keranjang Malaysia kesuntukan masa untuk melengkapkan permohonan pemain naturalisasi menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mei ini.

    Ketua jurulatih skuad lelaki kebangsaan, Lee Kheng Tian berkata Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) masih menunggu lampu hijau daripada kerajaan bagi membolehkan mereka menyenaraikan pemain naturalisasi buat julung kalinya pada temasya dwitahunan itu.

    Kheng Tian berkata mereka telah mengenal pasti dua pemain – dari Nigeria dan seorang lagi kelahiran Singapura – untuk dinaturalisasikan bagi Sukan SEA akan datang.

    “Pasukan lain seperti Filipina, Thailand dan Indonesia dilengkapi pemain naturalisasi tetapi di Malaysia, sistem di sini agak sukar kerana seseorang itu tidak boleh miliki dua pasport tetapi diharap kami dapat melakukannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Jurulatih itu berkata walaupun tarikh tutup untuk menghantar senarai nama pemain pada 5 Mac, namun beliau diberitahu skuad itu mempunyai masa sehingga seminggu sebelum temasya Sukan SEA itu bermula pada 5 Mei untuk memasukkan nama pemain naturalisasi dalam senarai akhir ke Kemboja.

    Ditanya menngenai sasarannya, Kheng Thian berharap pasukannya dapat mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir sama ada dalam acara 5×5 atau 3×3.

    Sementara itu, walaupun permohonan pemain naturalisasi bukan dalam kawalan pihaknya, ketua jurulatih wanita kebangsaan, Tracy York berkata mereka berharap pasukan mereka juga akan dapat peluang itu pada masa akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...